Rumah roboh dipukul angin kencang, lapan mangsa selamat

SANDAKAN – Lapan sekeluarga terselamat apabila bahagian belakang rumah mereka roboh dipercayai akibat tiupan angin kencang di Kampung (Kg) Sim-Sim, Jambatan 18, di sini pada Rabu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan dalam satu kenyataan, memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahagian belakang rumah berkenaan telah roboh dan dipercayai berpunca daripada tiupan angin kencang.

“Mangsa memaklumkan balkoni rumah telah runtuh pada malam sebelumnya sebelum keseluruhan bahagian belakang rumah roboh pada petang ini,” menurut kenyataan itu.

Kejadian itu melibatkan sebuah keluarga yang terdiri daripada lapan mangsa termasuk seorang Ketua Isi Rumah (KIR).

APM berkata, pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tiada mangsa mengalami kecederaan, selain mengawal kawasan berisiko dan menasihati penghuni supaya tidak menghampiri kawasan robohan.

Dalam pada itu, mangsa turut dinasihatkan membuat laporan kepada Ketua Kampung dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan tindakan susulan serta bantuan sewajarnya disalurkan.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak