RON95 tanpa subsidi RM3.77, diesel RM4.77 seliter mulai esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi meningkat lima sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi naik 10 sen seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Julai ini.

Harga petrol RON97 pula kekal bagi tempoh sama.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, pelarasan harga itu dibuat susulan peningkatan harga produk petroleum di pasaran antarabangsa yang dipengaruhi perkembangan geopolitik dan pergerakan harga minyak mentah dunia.

“Serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Iran serta kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan di Selat Hormuz menyebabkan premium risiko minyak mentah dan kos penghantaran kembali meningkat.

“harga minyak mentah Brent kini mencecah AS$85 setong, iaitu peningkatan kira-kira 20 peratus dalam tempoh dua minggu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas kementerian itu, selagi konflik berkenaan belum menemui penyelesaian, pasaran minyak global dijangka terus berdepan ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga produk petroleum.

“Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan Madani menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

“Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi,” katanya

Dalam pada itu, harga semua bahan api bersubsidi kekal tidak berubah dengan RON95 di bawah program BUDI95 dikekalkan pada RM1.99 seliter, manakala BUDI Diesel kekal pada RM2.10 seliter.

Rakyat Malaysia yang layak masih boleh mendapatkan bahan api menerusi BUDI95 dan BUDI Diesel menggunakan MyKad, tertakluk kepada syarat kelayakan serta baki kuota bulanan masing-masing.

Bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), harga masing-masing turut dikekalkan pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

MoF berkata, kerajaan akan terus melaksanakan langkah berhemah bagi mengurangkan kesan turun naik harga bahan api terhadap rakyat, selain memastikan bekalan petroleum negara terus mencukupi dan terjamin.

Related Posts

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

PUTRAJAYA – Polemik berhubung pembiayaan projek jalan luar bandar tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai pertelingkahan politik antara Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sebaliknya memerlukan penelitian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah