Jika ada rakyat Israel di Malaysia, mereka akan diusir segera – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan segera mengusir rakyat Israel yang didakwa memiliki dua kewarganegaraan dan menetap di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam nada tegas berkata, Malaysia tidak akan berkompromi dengan keadaan itu, jika dakwaan terbabit terbukti benar.

Beliau juga menegaskan semua agensi berkaitan sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan berkenaan, selain Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

“Semua agensi berkaitan (sedang menyiasat dakwaan ini) dan saya percaya Zambry akan beri jawapan. Kita siasat dan tidak izinkan (rakyat Israel menetap di Malaysia) kerana kita tidak iktiraf (Israel).

“Kalau ada rakyat Israel, kerana kita tidak mengiktiraf (Israel), mereka akan diusir segera. Mereka akan diusir segera (jika terbukti dakwaan terbabit benar). Tetapi (dakwaan) ini semua agensi sudah menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis ‘A Celebration of Life and Peace’ anjuran ERM Foundation, pada Rabu.

Sebelum ini Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen, polis, Jabatan Kastam dan agensi lain untuk memeriksa kewarganegaraan komuniti Network School di Forest City berikutan dakwaan terdapat warga Israel yang mempunyai dua kewarganegaraan tinggal di kawasan berkenaan.

Network School ialah sebuah komuniti kediaman dan ruang kerja bersama persendirian yang dilancarkan pada 2024 oleh pelabur teknologi, Balaji Srinivasan.

Komuniti ini menyasarkan golongan yang digelar ‘techno-optimist’ dan mengenakan bayaran sebanyak AS$1,500 (RM6,118.50) sebulan untuk penginapan, makanan serta perkhidmatan lain termasuk akses ke gimnasium.

Related Posts

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

PUTRAJAYA – Polemik berhubung pembiayaan projek jalan luar bandar tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai pertelingkahan politik antara Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sebaliknya memerlukan penelitian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah