Anwar tegaskan mandat hingga PRU, kerajaan fokus kestabilan dan ekonomi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan Perpaduan mempunyai mandat mentadbir negara sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekali gus menolak cadangan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada usaha memastikan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi, sebelum kembali mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Kita ada mandat sehingga pilihan raya. (Apabila sampai masanya), kita bertempurlah (bertanding semula). Tiada masalah.

“Tentang mendengar suara rakyat, kita dengar suara rakyat. Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan. Rakyat juga mahu ekonomi berkembang. Rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa.

“Jadi bagilah masa. Kita ada mandat, sampai pilihan raya, bertempurlah pula. Saya tak ada masalah itu.

“Saya pun tak mahu terlalu yakin dan saya anggap Hulu Terengganu pun jangan terlalu yakin. Kerana kita, fatawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata harga petrol di Malaysia kini lebih rendah berbanding beberapa negara pengeluar minyak utama termasuk Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Katanya, keadaan itu membuktikan janji yang pernah dibuatnya sebelum menjadi Perdana Menteri berhubung harga minyak telah ditunaikan.

“Yang Berhormat Hulu Terengganu (Datuk Rosol Wahid), harga minyak di Malaysia lebih rendah daripada Qatar dan Arab Saudi. Itu fakta pertama yang harus diingat,” katanya.

Anwar berkata, ketika beliau menjadi pembangkang, harga petrol di Arab Saudi adalah sekitar 50 sen seliter, namun keadaan pasaran minyak dunia kini sudah berubah.

“UAE yang juga negara pengeluar utama minyak dan gas turut menaikkan harga bahan api sejak dua bulan lalu. Itulah realiti ekonomi yang sudah berubah.

“Kalau dikatakan janji saya dahulu ialah harga minyak mesti lebih rendah daripada Arab Saudi, maka janji itu sudah ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata, harga RON95 di Malaysia kekal pada RM1.99 seliter, manakala harga petrol di Arab Saudi kini melebihi RM2.40 seliter.

Mengulas bantuan kepada rakyat, Anwar berkata jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan kerajaan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), subsidi bersasar RON95 melalui BUDI serta subsidi diesel kini jauh lebih tinggi berbanding pentadbiran terdahulu.

Bagaimanapun, beliau berkata perbandingan secara langsung tidak wajar dibuat kerana keadaan ekonomi dan kedudukan hasil negara berbeza mengikut setiap pentadbiran.

“Saya tidak pernah mendakwa kerajaan mempunyai penyelesaian sempurna terhadap semua masalah ekonomi. Kita perlu sentiasa mendengar pandangan dan menyesuaikan dasar mengikut keadaan,” katanya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam