
KUALA PILAH – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, mengumumkan senarai 36 calon yang akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi PRN Negeri Sembilan di sini, sekali gus melengkapkan senarai calon yang akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan pada Sabtu (18 Julai), manakala pengundian awal pada 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.
PH mempertaruhkan gabungan calon penyandang dan muka baharu bagi menghadapi saingan kali ini, dengan pembahagian kerusi membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Berikut senarai calon PH bagi PRN Negeri Sembilan:
JELEBU
N01 Chennah – Anthony Loke Siew Fook (penyandang), DAP
N02 Pertang – Mohd Umry Abdul Khois, PKR
N03 Sungai Lui – Zainal Fikri Abd Kadir, PKR
N04 Klawang – Datuk Bakri Sawir, Amanah
JEMPOL
N05 Serting – Yaacob Mahmood, Amanah
N06 Palong – Muhammad Zahin Zinal Abidin, PKR
N07 Jeram Padang – G Manivannan, PKR
N08 Bahau – Teo Kok Seong (penyandang), DAP
SEREMBAN
N09 Lenggeng – Zarinna Abu Zarin, Amanah
N10 Nilai – J Arul Kumar (penyandang), DAP
N11 Lobak – Chew Seh Yong (penyandang), DAP
N12 Temiang – Ho Weng Wah, DAP
N13 Sikamat – Nor Azman Mohamad, PKR
N14 Ampangan – Datuk Muhammad Nazri Kassim, PKR
KUALA PILAH
N15 Juasseh – Mohd Aidil Abdullah, PKR
N16 Sri Menanti – Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa, PKR
N17 Senaling – Hanis Alimin, Amanah
N18 Pilah – Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, PKR
N19 Johol – Mohd Zailan Mohd Munawar, Amanah
RASAH
N20 Labu – Datuk Ahmad Faez Abdul Razak, PKR
N21 Bukit Kepayang – Nicole Tan Lee Koon (penyandang), DAP
N22 Rahang – Siau Meow Kong (penyandang), DAP
N23 Mambau – Lee Kai Yet, DAP
N24 Seremban Jaya – S Mugunthan, DAP
REMBAU
N25 Paroi – Ahmad Shahir Mohd Shah, Amanah
N26 Chembong – Danish Nazran Murad, PKR
N27 Rantau – Dr Azizul Hakim Mahdi, PKR
N28 Kota – Muhammad Allif Ibrahim, PKR
PORT DICKSON
N29 Chuah – Datuk Yew Boon Lye (penyandang), DAP
N30 Lukut – Choo Ken Hwa (penyandang), PKR
N31 Bagan Pinang – Nasir Rahman, PKR
N32 Linggi – Datuk Seri Aminuddin Harun, PKR
N33 Sri Tanjung – Datuk Dr G Rajasekaran (penyandang), PKR
TAMPIN
N34 Gemas – Siti Aishah Seman@Othman, PKR
N35 Gemencheh – Abd Latif A Tambi, Amanah
N36 Repah – S Veerapan (penyandang), DAP
Pada PRN Negeri Sembilan 2023, PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 31 daripada 36 kerusi DUN secara keseluruhan.
PH memenangi 17 kerusi, BN memperoleh 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi baki lima kerusi.






