Karnival bubur asyura hidupkan semula adat resam masyarakat Melayu

TEMERLOH – Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang menjadi platform penting dalam menghidupkan semula adat resam dan budaya masyarakat Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, penganjuran karnival itu bukan hanya mengisi aktiviti, malah bertujuan mendidik masyarakat ke arah kehidupan lebih berdisiplin dan teratur.

Menurutnya, program berkenaan menzahirkan semangat silaturahim dalam kalangan masyarakat, selain memperlihatkan keunikan warisan tradisi penyediaan bubur asyura yang menjadi amalan masyarakat Melayu.

“Melalui program ini, kita bukan sahaja menghidupkan adat resam yang berteraskan nilai keislaman, malah dapat mendidik masyarakat mengenai aspek penyediaan makanan yang bersih dan menepati konsep halalan tayyiban,” katanya dipetik daripada Pahang Media.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata, penambahan penyertaan bagi karnival serupa pada tahun depan akan dipertimbangkan dan memerlukan perancangan rapi.

“Ia perlu dilihat dari segi peruntukan serta penyediaan kemudahan yang lebih luas, justeru perkara ini perlu dikaji dengan teliti,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk meneruskan penganjuran karnival ini pada tahun hadapan dengan membuka penyertaan kepada lebih banyak agensi dan masyarakat setempat.

Related Posts

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

KANGAR – Lautan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek stadium mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak