Mogok pekerja pembersihan tidak jejas operasi Hospital Rompin

KUANTAN – Operasi Hospital Rompin dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit tidak terjejas susulan rakaman tular membabitkan perhimpunan pekerja syarikat bukan konsesi di hospital itu.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memaklumkan, pihaknya mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas.

“JKN Pahang mengambil maklum berhubung rakaman video yang tular di media sosial memaparkan perhimpunan membabitkan kakitangan syarikat bukan konsesi di Hospital Rompin.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Sebarang perkembangan berkaitan perkara ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, seramai 24 pekerja kakitangan pembersihan dan penyelenggaraan hospital terbabit mendakwa tidak menerima gaji, termasuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak dilakukan syarikat berkaitan.

Bagaimanapun, isu itu diselesaikan selepas pengurusan syarikat membuat pembayaran gaji kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Related Posts

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

KANGAR – Lautan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek stadium mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak