Kerajaan lulus RM520 juta bina Kompleks IPK Sarawak di Petra Jaya

KOTA SAMARAHAN – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah kira-kira RM520 juta bagi pembinaan bangunan Kompleks Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang baharu di Petra Jaya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, projek tersebut akan dibina di atas tapak bersebelahan stadium hasil persetujuan bersama antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Sekarang kita berada dalam proses menyiapkan segala dokumen berkaitan pemilikan tanah dan pembangunan.

“Saya yakin penubuhan kompleks IPK baharu ini akan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran kontinjen Sarawak di samping memberi keselesaan kepada para pegawai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Samarahan dan Padawan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pertukaran pengurusan di peringkat IPD itu adalah sebahagian daripada inisiatif penyusunan semula pentadbiran membabitkan 28 daerah di seluruh negeri.

Jelasnya, langkah penambahbaikan dari aspek logistik dan pengurusan itu amat penting bagi memastikan masyarakat terus menikmati keamanan sejajar dengan aspirasi ‘Sarawak Maju dan Makmur’.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik