Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan pembiayaan bernilai kira-kira RM20 juta.

Pembiayaan itu dipercayai dimohon daripada sebuah institusi kewangan pembangunan menerusi dana Kemudahan Modal Kerja Perdagangan-I (Trade Working Capital Financing) kononnya bagi urusan pembelian padi dan beras, namun transaksi tersebut dipercayai tidak pernah berlaku.

Menurut sumber, seorang daripada suspek yang juga pengurus operasi berusia lingkungan 30-an direman selama lima hari sehingga 11 Julai ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Eliana Ismail di Mahkamah Sivil Alor Setar, pagi tadi.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Alor Setar.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang merupakan ahli keluarga dipercayai bersubahat melakukan perbuatan itu pada tahun 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua lagi suspek lelaki berusia lingkungan 60-an yang merupakan pengarah syarikat bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai dirakam keterangan.

Menurutnya, kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan pembiayaan untuk pembelian padi dan beras, sedangkan urusan pembelian berkenaan tidak pernah dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan