Gempar, pelajar perempuan cedera ditikam 16 kali di sekolah

BANTING – Sesi persekolahan di sebuah sekolah menengah di sini menjadi gempar apabila seorang pelajar cedera ditikam oleh seorang remaja perempuan sekitar pukul 9 pagi tadi.

Kejadian tersebut menjadi tular dan beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian hitam berjalan di kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau.

Rakaman sama turut menunjukkan beberapa pelajar bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku.

Difahamkan, mangsa merupakan pelajar perempuan tingkatan tiga yang mengalami kecederaan serius ditikam sehingga 16 kali pada bahagian dada dan badan. Mangsa telah mendapat rawatan di hospital awam di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi, ketika dihubungi media, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Ya, saya sahkan kejadian itu. Mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya pada Isinin.

Dalam pada itu, insiden berkenaan turut menarik perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang bergegas ke sekolah terlibat.

“Saya berada di tempat kejadian sebentar tadi. Polis telah mengambil semua langkah-langkah keselamatan mengawal keadaan termasuk menangkap suspek,” kata Fadhlina.

Menurut beliau, tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan mangsa diberikan rawatan perubatan dan sistem sokongan psikososial untuk warga sekolah menjadi keutamaan kementerian.

“Saya mohon orang ramai tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah memandangkan kes ini sedang disiasat oleh pasukan polis,” ujarnya.

Sementara itu, Bapa mangsa Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata, ketika kejadian beliau sedang bekerja sebelum menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab daripada pihak sekolah yang cuba menghubunginya untuk memaklumkan insiden berkenaan.

“Saya ketika itu sedang menyusun barang dan tidak perasan telefon saya berbunyi namun bila saya telefon semula pihak sekolah, saya ingat anak saya cuma tak sihat dan tak sangka dia menjadi mangsa tikaman. 

“Setakat ini, saya dimaklumkan pasukan perubatan sedang berusaha mengeluarkan darah pada paru-paru kiri anak saya dan dia dalam keadaan stabil serta masih boleh bercakap,” katanya yang bekerja sebagai penghantar barangan ketika ditemui di Hospital Banting di sini hari ini. 

Mohd Firuz turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan memohon pihak sekolah supaya mengetatkan tahap keselamatan agar kejadian sama tidak berulang. 

Beliau turut difahamkan suspek adalah rakan sekelas anaknya ketika tingkatan dua dan kini sedang dicutikan bagi menjalani rawatan kesihatan. 

“Saya rasa anak saya mungkin bukan sasaran asal suspek, mungkin dia nak sasar orang lain tapi mungkin dia yang paling dekat dan tak sempat nak lari. Jadi, dia yang kena,” katanya. 

Kejadian pelajar ditikam itu turut mendapat perhatian netizen yang mendakwa insiden tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes buli yang didakwa berakhir dengan tindakan balas dendam.

Bagaimanapun, sehingga kini motif sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan. Suspek dikatakan bekas pelajar sekolah terbabit yang telah dibuang sekolah.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik