Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

BINTULU – Sebuah bot tunda bersama enam kru ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Bintulu selepas disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 di perairan Bintulu, pada Ahad.

Penahanan dilakukan kira-kira jam 1.54 petang pada kedudukan enam batu nautika di barat laut Kuala Kemena menerusi rondaan Op Tiris 4.0, Op Permai 01/2019 dan Op Pukat.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, pemeriksaan ke atas bot berkenaan mendapati beberapa ketidakpatuhan terhadap peraturan pelayaran dan dokumentasi.

“Bot terbabit gagal mengemukakan Sijil Pendaftaran Malaysia yang sah selain tidak memiliki Surat Pelepasan Pelabuhan.

“Pemeriksaan turut mendapati bot itu beroperasi tanpa dilengkapi sauh sebagaimana yang diwajibkan di bawah peraturan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, bot tunda berkenaan dikendalikan dua warga tempatan termasuk nakhoda, tiga warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.

Susulan itu, kesemua kru bersama bot tunda tersebut telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tegas beliau, operasi tersebut membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan pematuhan undang-undang serta meningkatkan keselamatan di perairan negara.

Sehubungan itu, komuniti maritim diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur keselamatan ketika menjalankan aktiviti di laut bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu (086-314254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544).

Related Posts

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

TAWAU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) membawakan Festival Komuniti Havoc di Tawau dan Kota Kinabalu menerusi tayangan skrin besar sempena Piala Dunia FIFA 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak  – Abdul Karim

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil