‘Tak adil gambarkan hakim bercanggah Islam’

BADAN kehakiman hanya mengikut undang-undang negara apabila ia membatalkan larangan Kedah terhadap aktiviti perjudian, kata Adun Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari.

Pemimpin DAP itu berkata, adalah tidak wajar dan tidak adil bagi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menggambarkan dirinya sebagai jaguh Islam dan hakim Mahkamah Tinggi sebagai bertentangan dengan agama.

“PAS harus ingat apa sahaja dasar dan keputusan yang mereka buat mestilah dalam kerangka sistem yang merangkumi undang-undang dan peraturan.

“Ini terpakai kepada semua pihak, sama ada dalam kerajaan atau pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aziz juga menegur PAS kerana menurutnya berkelakuan seolah-olah parti itu mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu ke syurga atau neraka di akhirat.

Aziz menjawab komen Sanusi mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar.

“Saya sudah laksanakan peranan saya dan tetapkan pendirian selari dengan perintah Tuhan. Sesiapa yang terbabit itu, jawab dengan Tuhan. Dia ingat lepas di dunia, akhirat tak lepas.

“Saya telah buat apa dalam bidang kuasa saya. Saya telah laksanakan perintah Tuhan ke atas saya. Setiap manusia dihantar ke dunia ada tanggungjawab sebagai khalifah,” kata menteri besar itu dipetik Berita Harian Online pada Rabu.

Semakan kehakiman

Sanusi mengumumkan pada November 2021 bahawa kedai perjudian di negeri itu tidak akan diluluskan pembaharuan lesen perniagaan mereka. Pada 31 Dis 2022, semua operasi perjudian dan loteri dihentikan operasi apabila lesen mereka tamat tempoh.

Muhammad Sanusi

Tindakan itu mendorong beberapa pengusaha kedai perjudian untuk memfailkan semakan kehakiman, dengan alasan ia menyalahi undang-undang, tidak rasional dan tidak berperlembagaan.

Antara lain, mereka berhujah bahawa Perkara 74 dan 75 Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan perjudian.

Kerajaan Kedah sejak itu memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok