Pembangkang tak perlu nak jadi hero – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan pembangkang ajar tidak menjadi hero dalam isu kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berpaling tadah.

Menurutnya, Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini membantah pindaan Rang Undang-Undang Akta Lompat Parti 2022 secara menyeluruh.

Katanya, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpeluang untuk melakukan pindaan terhadap perlembagaan parti itu sebagaimana dilakukan parti terlibat yang lain sebelum ini.

“Namun bebeza dengan Bersatu dan dalam banyak-banyak parti, Bersatulah yang paling tidak mahu menyaksikan sejumlah pindaan yang telah dicadangkan oleh menteri undang-undang waktu itu.

“Malah, banyak lagi yang boleh diceritakan tentang sikap beberapa orang yang terpekik melolong dalam Parlimen yang dahulunya mereka ini yang paling tidak bersetuju dengan pindaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kritikan ditemparkan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul susulan menolak permohonan Bersatu untuk mengosongkan enam kerusi bekas ahli Parlimennya.

Terdahulu, Johari dalam surat balas kepada Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyatakan permohonan parti itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan selain menafikan hak wakil rakyat terbabit di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Justeru jelasnya, sebarang kritikan berhubung keputusan itu seharusnya dipersoal dan diletakkan terhadap pemimpin Bersatu itu sendiri.

“Kalau nak salah seseorang, salahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

“Tanya siapa yang paling tidak mahu pindaan menyeluruh,” katanya lagi.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok