Prestasi ringgit: Fakta ‘menerajang’ auta

MALAYSIA mencuri tumpuan dunia berikutan berlaku peningkatan prestasi ringgit pada kadar yang menakjubkan.

Rata-rata pemerhati ekonomi terutama badan bebas antarabangsa menyimpulkan, arus tersebut merupakan suatu perkembangan yang unik dan mempunyai tunjang.

Dengan bahasa yang lebih santai dapat dikatakan bahawa fenomena berkenaan tidak terjadi secara kebetulan sebaliknya dirangsang oleh sejumlah sokongan yang kukuh.

Dalam keadaan sedemikian kedengaran suara bertentangan dari sudut tertentu yang lebih percaya bahawa semua itu hanya suatu kebetulan.

Sungguhpun begitu, kenyataan tersebut yang dilontarkan oleh pembangkang langsung tidak disokong oleh hujah yang kukuh dan tidak disertakan fakta yang jelas.

Mereka hanya bermain dengan persepsi; bergembira ketika ringgit lemah; berdukacita ketika ringgit berkembang pesat.

Mengikut logik mereka, ringgit tidak berada pada jalur mengukuh sebaliknya ekonomi negara lain seperti Amerika Syarikat dan China berada pada tendensi melemah.

Pada perkiraan mereka lagi, ringgit Malaysia nampak kukuh juga disebabkan lemahnya mata wang Korea Selatan, Jepun, United Kingdom, Rusia, India, New Zealand, Qatar, Jordan, negara serantau, dan lain-lain.

Lihatlah, betapa naifnya pembangkang. Hujah mereka hujah falasi – bersifat penafian, mengelirukan, menghasut, penuh kebencian, berhati busuk, dan tidak matang.

Kenapa ketika ringgit Malaysia ‘rendah’ dahulu, keadaan itu diisytiharkan mereka sebagai lemah; tidak dikatakan itu disebabkan mata wang negara lain kukuh?

Itulah nama auta. Keautaan pembangkang boleh ditemukan di mana-mana termasuklah di sebalik lembaran naratif perspektif ekonomi negara.

Sebenarnya ada minimum 10 faktor berlakunya peningkatan prestasi ringgit Malaysia, pertama, terbentuknya sentimen positif di pasaran global setelah kadar faedah dipotong 50 peratus mata asas; kedua, berlaku peningkatan permintaan ke atas ringgit.

Seterusnya, pelabur yakin akan dasar dan komitmen kerajaan mengurangkan defisit melalui pembaharuan fiskal; keempat, kerajaan menggalakkan kemasukan modal dalam syarikat tempatan melalui pelan ekonomi utama Malaysia.

Selain itu, kewibawaan Perdana Menteri dan Kabinetnya mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap risiko ketidakstabilan; keenam, berlaku lonjakan eksport pada kadar yang sangat ketara.

Pada masa yang sama, berlaku aliran masuk dana asing kira-kira RM3.7 bilion sejak Jun 2024; kelapan, syarikat berkaitan kerajaan digalakkan oleh Bank Negara Malaysia membawa pulang hasil pelaburan luar negara.

Tidak terkecuali dalam perkembangan ini, menyempitnya jurang kadar faedah antara Malaysia dengan Amerika Syarikat; kesepuluh, aliran masuk modal ke negara ini kekal apabila aset Malaysia mendapat penilain yang menarik.

Sepuluh fakta tersebut seharusnya membuka mata pentaasub pembangkang agar tidak lagi terpasung oleh permainan sentimen blok politik yang tidak bertanggungjawab itu.

Berhentilah daripada menjadi mangsa pembodohan pembangkang. Kita seharusnya saling membantu agar negara ini dapat dipacu ke puncak kejayaan.

Sudah terlalu lama Malaysia terserkup di bawah ketiak hangit pihak yang hanya tahu memperjuangkan kepentingan peribadi puak tertentu dan itu harus dikekang.

Ayuh, kita bersama-sama Kerajaan Perpaduan. Yakinlah bahawa apa-apa yang sedang diusahakan kerajaan sekarang menepati ajaran Islam dan memberi rahmat kepada semua pihak.

Mari kita ‘terajang’ auta; kita tegakkan fakta!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara