Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menganggap mana-mana kelompok pengundi sebagai ‘deposit tetap’ kerana sokongan rakyat perlu sentiasa dipelihara dan diyakini melalui usaha berterusan serta prestasi yang ditampilkan.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tiada satu pun parti politik ketika ini mempunyai pengundi simpanan tetap atau ‘fixed deposit’ termasuk Barisan Nasional (BN).

“Ini dibuktikan dengan tindakan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengeluarkan kenyataan beralih sokongan dengan menyokong calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.

“Sehubungan itu, tidak mustahil pada hari akan datang lebih ramai lebih ramai kalangan mereka akan mengeluarkan kenyataan seumpama itu,” katanya ketika ditemui media selepas Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Istana, pada Sabtu.

Menurut Fahmi, beliau tidak pernah fikirkan undi, mana-mana satu undi itu tetap dan kalau contoh sebelum ini, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi undi tetap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Jadi saya lihat ini sekali lagi membuktikan bahawa PH mempunyai daya tarikan sendiri dan terbukti terutamanya di peringkat Persekutuan.Kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menonjolkan imej kepada sangat baik kepada negara.

“Kenyataan daripada Dr. Puad Zakarshi itu membuktikan itu bukan lagi fixed deposit kepada UMNO-Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ismail Sabri bahawa pengundi bukan Melayu kini tidak lagi boleh dianggap sebagai ‘deposit tetap DAP’ dalam pilihan raya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, selain Mohd Puad, beberapa ahli Bersatu di DUN Sri Medan turut menyokong PH kali ini.

Katanya, sokongan dibuat kerana kebangkitan semula ekonomi negara termasuk di Johor, sekali gus meningkatkan keyakinan kepada kerajaan PH.

“Senario politik sudah berubah sekarang, ramai sudah menyatakan sokongan kepada PH walaupun datangnya daripada pemimpin atau penyokong berlainan. Sokongan daripada rakyat perlu kita bukan hanya usaha dan peroleh tapi kita perlu jaga.

“Saya percaya ramai di kalangan rakyat mengharap mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Masa yang sama, saya percaya dari kalangan kelompok-kelompok pengundi bila mereka mendengar beberapa kenyataan yang merisaukan, yang mengerunkan bagi mereka itu akan membuat mereka celik mata,” katanya.

Katanya lagi, pengundi kini faham bahawa undi mereka bukan sekadar rahsia tapi terlalu berharga untuk menentukan masa depan bukan hanya negeri tapi negara.

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pengundi bukan Melayu kini tidak lagi boleh dianggap sebagai ‘deposit tetap DAP’ dalam pilihan raya.

Melihat kepada semua calon DAP ditolak pengundi pada PRN Sabah lalu, pemimpin Umno ini percaya tidak mustahil keadaan sama boleh berlaku di Johor, kali ini, apabila menyaksikan sokongan yang diterima Barisan Nasional (BN) daripada pengundi bukan Melayu ketika ini

Katanya, anggapan bahawa pengundi bukan Melayu tidak akan mengundi BN sudah tidak lagi tepat.

Related Posts

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

TENANG – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.05 Tenang, Elia Nadira Sabudin menyeru semua pihak agar menghentikan permainan politik berasaskan sentimen perkauman sepanjang kempen pilihan raya, sebaliknya mengutamakan perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

MUAR – Kempen secara bersemuka dengan menyantuni penduduk dari rumah ke rumah masih menjadi keutaman calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ