Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka semula.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, SPRM Sebelum ini pernah menahan reman Shafie dan adiknya, Datuk Yusof Apdal, bagaimanapun mereka dibebaskan.

“SPRM pernah menahan reman Shafie Apdal, adiknya (Yusof Apdal) juga direman. Tun Musa Aman juga ada kes rasuah, dihadapkan ke Mahkamah dan dibebaskan.

“Apabila bertukar kerajaan sebelum dibawa ke mahkamah, Shafie pula dibebaskan.

“Jadi kita mendesak SPRM supaya membuka semula kertas siasatan yang melibatkan RM1.5 bilion ini,” katanya berucap pada Perhimpunan Aman ‘Bangkit Sabahan 2.0’ di Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Menurut Zulkarnain, beliau sendiri pernah membuat laporan kepada SPRM pada tahun 2016 dan 2017 berkaitan salah guna kuasa terbabit.

“Bukti juga telah saya hantar kepada SPRM. Saya tidak boleh menceritakan di sini kerana saya telah menghantar satu lagi memorandum kepada SPRM dan apabila kita mendesak kumpulan di sana (pihak lain) supaya perkara ini diambil tindakan, kita mahu kenal siapa Shafie.

“Saya juga mendapatkan nasihat peguam dan tidak dapat mendedahkan apa-apa maklumat kepada umum kerana semua maklumat telah diserahkan kepada SPRM.

“Minggu depan akan ada lagi maklumat tambahan yang akan diserahkan,” ujarnya.

Jelas Zulkarnain, beliau juga menyokong penuh SPRM sekiranya siasatan dibuka kepada ADUN GRS dipercayai terpalit dengan kontroversi rasuah.

“Kalau SPRM mahu menyiasat ADUN GRS atau sesiapa sahaja, terpulang kepada mereka.

“Kita berhimpun di sini bukan untuk ‘backup’ mereka. Kalau mereka salah, silakan dakwa. Cuma kalau mahu gempur rasuah, gempur betul-betul,” tegasnya.

Dalam hal berasingan, Himpunan Gempur Rasuah 3.0 anjuran aktivis Suara Mahasiswa UMS dan BERSIH mendesak ADUN-ADUN Sabah yang terlibat rasuah didakwa segera.

“Berapa lama lagi mahasiswa, anak muda dan masyarakat mahu ditadbir oleh mereka yang korup?

“Kami mahukan kronisme dan nepotisme dibersihkan daripada negeri ini.

“Kami tidak mahu anak muda terpaksa keluar negara atau keluar negeri untuk mencari pekerjaan kerana kami percaya hasil bumi negeri ini mencukupi dan terbaik untuk anak-anak tempatan.

“Kami juga tidak mahu segala projek dan tender diberikan kepada cucu-cucu, sanak saudara, adik-beradik atau ipar mereka,” ujar jurucakap mereka, Aqmal Rizal.

Turut hadir ADUN Kepayan, Chin Teck Ming dan ADUN Likas, Tham Yun Fook

Related Posts

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

PETALING JAYA – Pendekatan memudah cara serta persekitaran pelaburan yang kondusif menjadi antara faktor Google memilih Selangor sebagai lokasi pusat data pertamanya di Malaysia. Prinsipal Infrastruktur Global Google Asia Pasifik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa