Pengairan, perparitan dan capaian internet jadi keutamaan DUN Semerah

BATU PAHAT – Calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Khuzzan Abu Bakar, mahu menaik taraf sistem pengairan dan perparitan serta memperkukuh capaian internet sebagai antara keutmaan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor

Menurut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, antara isu yang paling kerap dibangkitkan penduduk sepanjang kempen ialah berkaitan sistem pengairan dan perparitan memandangkan DUN Semerah mempunyai rangkaian parit dan sungai yang panjang, mencecah hampir 640 kilometer.

Katanya, usaha pembersihan dan penyelenggaraan sistem perparitan perlu dipertingkatkan menerusi kerjasama erat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memastikan saliran sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Sebahagian besar parit kampung berada di bawah seliaan JPS. Justeru, penyelarasan yang baik amat penting bagi memastikan kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Pada masa sama, kita juga mahu menangani isu banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar, terutama apabila berlaku air pasang besar serentak dengan hujan lebat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), selepas sesi lawatan dari rumah ke rumah penduduk setempat, di sini, pada Jumaat.

Mohd Khuzzan berkata, sistem pengairan di kawasan kampung juga perlu sentiasa diselenggara bagi memastikan aliran air lancar serta mengelakkan air bertakung yang boleh menjejaskan tanaman penduduk.

Selain itu, beliau berkata, peningkatan capaian internet di DUN Semerah turut menjadi antara fokus utama bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Beliau berkata, sebuah menara pemancar isyarat baharu dijangka mula dibina pada bulan ini dan siap menjelang Disember 2026 bagi meningkatkan liputan internet di kawasan Parit Maimun hingga Parit Mustafa.

“Sementara menunggu projek itu siap, perkara ini turut dikemukakan kepada Kementerian Komunikasi bagi mendapatkan penyelesaian jangka pendek, termasuk mengoptimumkan liputan daripada pemancar sedia ada supaya penduduk dapat menikmati capaian internet yang lebih baik,” katanya.

Mengulas penerimaan pengundi sepanjang tempoh berkempen, Mohd Khuzzan berkata, sambutan yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat amat menggalakkan.

Beliau berkata, penerimaan masyarakat dilihat semakin positif berbanding ketika beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah pada 2018 dan keadaan pada 2022.

Menurutnya, perubahan itu didorong oleh keyakinan rakyat terhadap pelbagai inisiatif dan bantuan yang diperkenalkan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya percaya rakyat dapat melihat sendiri manfaat yang diterima hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan, khususnya di kawasan luar bandar. Tindakan dan hasil kerja lebih penting daripada sekadar kata-kata,” katanya

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pengundi N.17 Semerah supaya keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian, 11 Julai ini, bagi menentukan masa depan kawasan berkenaan.

Kerusi N.17 Semerah bakal menjadi tumpuan apabila menyaksikan saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Persaingan tersebut membabitkan Mohd Khuzzan yang berdepan penyandang kerusi daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fared Mohd Khalid, serta calon Perikatan Nasional (PN), Halim @ Othman Kepol dalam usaha meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Related Posts

Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

JOHOR BAHRU – Kenyataan anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, yang mengaitkan isu pengampunan bapanya dengan kemenangan politik berpotensi menjejaskan tahap kepercayaan pengundi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menganggap mana-mana kelompok pengundi sebagai ‘deposit tetap’ kerana sokongan rakyat perlu sentiasa dipelihara dan diyakini melalui usaha berterusan serta prestasi yang ditampilkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa