10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

Menurut beliau, tawaran tersebut bukan sekadar manifesto pilihan raya, sebaliknya satu pelan tindakan yang memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan serta kesejahteraan anak Johor.

“Sepuluh tawaran ini dirangka bagi menjawab keperluan sebenar rakyat Johor. Kita mahu melihat lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi diwujudkan, rumah mampu milik ditambah, bantuan kepada anak muda diperkasakan serta kemudahan kesihatan yang lebih baik untuk semua.

“Kita mahu Johor menjadi sebuah negeri yang bukan sahaja maju dari segi pelaburan, tetapi turut memastikan manfaat pembangunan itu dirasai oleh rakyat di bandar mahupun luar bandar,” katanya ketika berucap dalam Majlis Minum Petang Bersama Komuniti dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di PDM Kampung Jawa, hari ini.

Haniff berkata, antara tawaran utama yang dibawa PH ialah Skim Kesihatan Johor sehingga RM100,000 setahun, bantuan rumah pertama kepada anak Johor, Dana Anak Muda Johor, pembinaan 80,000 rumah mampu milik, pemerkasaan usahawan serta penciptaan 250,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan bermaruah.

Beliau berkata, kesemua inisiatif itu mampu melonjakkan Johor sebagai negeri yang lebih kompetitif, sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya PH berkata, pengalaman mentadbir Selangor membuktikan bahawa kerajaan yang mempunyai perancangan jelas dan tadbir urus yang baik mampu menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut beliau, 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua disusun berdasarkan keperluan semasa rakyat serta potensi besar yang dimiliki Johor sebagai pintu masuk ekonomi negara.

“Johor mempunyai kekuatan yang sangat besar. Dengan kepimpinan yang stabil serta dasar yang jelas, Johor mampu muncul sebagai negeri paling maju di Malaysia, bukan sahaja dari segi pelaburan tetapi juga peluang pekerjaan, pendidikan, kebajikan dan pembangunan rakyat.

“Manifesto ini bukan sekadar janji, tetapi komitmen untuk membawa Johor ke tahap yang lebih tinggi demi kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Haniff turut menyeru seluruh anak jati Pulai Sebatang dan Johor yang kini bekerja di luar daerah, di Kuala Lumpur, Selangor, Singapura serta negeri-negeri lain supaya pulang menunaikan tanggungjawab pada 11 Julai.

“Saya ingin merayu kepada seluruh anak perantau Johor, khususnya pengundi di Pulai Sebatang, agar luangkan sedikit masa untuk pulang mengundi. Satu undi saudara dan saudari amat bermakna dalam menentukan masa depan Johor untuk lima tahun akan datang.

“Jangan biarkan orang lain menentukan masa depan negeri kita. Marilah kita sama-sama pulang mengundi pada 11 Julai dan memberikan mandat kepada Pakatan Harapan untuk meneruskan agenda pembangunan yang membawa manfaat kepada seluruh rakyat.

“Johor Ke Depan, Undi Harapan,” katanya.

Related Posts

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti