Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) dicadangkan memasukkan isu pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, PH tidak menawarkan pengampunan Najib kepada pengundi Johor dan ia lebih sesuai dijadikan manifesto BN sekiranya benar perkara tersebut menjadi agenda besar parti itu.

“Itu bukan sebahagian daripada manifesto kami dan saya rasa BN perlu letakkan perkara itu, iaitu pengampunan Najib, dalam manifesto mereka untuk PRN kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Peluncuran Manifesto Harapan Johor, di sini, hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kenyataan anak Najib, Datuk Nazifuddin Najib yang berkata kemenangan besar BN pada PRN Johor membawa mesej pengundi mahu bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan diraja.

Pada sidang media sama, Maszlee turut diasak mengenai spekulasi sama ada beliau merupakan antara calon berpotensi untuk diangkat sebagai Menteri Besar sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, bekas Menteri Pendidikan itu enggan mengulas perkara tersebut dan menegaskan fokus beliau ketika ini adalah kepada tawaran manifesto PH kepada rakyat Johor.

“Kita sedang bercakap tentang pelancaran manifesto, bukan yang lain,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas