Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

BATU PAHAT – Pengalaman luas Calon Pakatan Harapan (PH) Onn Abu Bakar sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat dilihat sebagai satu nilai tambah kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang yang bakal menentukan wakil rakyat mereka pada pilihan raya akan datang.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR Johor, Malik Faisal Ahmad berkata, rekod perkhidmatan dan pengalaman Onn selama hampir empat tahun sejak 2022 sebagai Ahli Parlimen membuktikan beliau seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat serta sentiasa memberi perhatian terhadap permasalahan masyarakat.

Beliau yang mengenali Onn sejak sekian lama menyifatkan calon N.24 Senggarang itu sebagai seorang pemimpin yang mudah didekati serta sentiasa memberikan maklum balas terhadap aduan yang diterima.

“Jika beliau tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana menghadiri program, beliau pasti akan menghubungi semula. Beliau juga seorang yang sentiasa mendengar dan memberi perhatian kepada setiap permasalahan yang dibangkitkan rakyat.

“Sepanjang hampir empat tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat, pelbagai manfaat telah dibawa kepada masyarakat melalui pelbagai program pembangunan dan bantuan komuniti,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) selepas Program Santai Calon PH Onn Abu Bakar bersama penduduk setempat di sini, malam tadi.

Malik Faisal berkata, antara contoh yang boleh dilihat ialah sumbangan berterusan yang diberikan kepada persatuan penduduk setempat dalam bentuk bantuan kewangan, kemudahan prasarana dan usaha mendapatkan dewan terbuka untuk kegunaan penduduk.

Katanya, pendekatan mesra rakyat yang diamalkan Onn bukan sahaja dapat dilihat di kawasan tertentu, malah turut melibatkan pelbagai komuniti di seluruh kawasan Parlimen Batu Pahat.

“Beliau sentiasa bekerjasama dengan pemimpin masyarakat dan tidak pernah lokek menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Dari sudut politik, saya berpandangan pencalonan beliau di N.24 Senggarang adalah tepat kerana beliau mempunyai pengalaman, personaliti dan rekod perkhidmatan yang baik untuk mewakili penduduk di kawasan ini,” katanya.

Menurut beliau, pencalonan Onn juga dilihat mampu memberi kelebihan kepada penduduk memandangkan beliau merupakan Ahli Parlimen Batu Pahat yang mempunyai pengalaman membawa isu rakyat ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, pelbagai isu membabitkan penduduk setempat boleh diperjuangkan dengan lebih berkesan melalui jaringan dan pengalaman yang dimiliki.

“Sekiranya beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat DUN Senggarang, penduduk akan menikmati kelebihan tambahan kerana beliau juga merupakan Ahli Parlimen Batu Pahat.

“Sebarang isu dan permasalahan yang dihadapi penduduk boleh terus dibawa dan diperjuangkan di peringkat Parlimen,” katanya.

Sehubungan itu, Malik Faisal berharap pengundi di DUN Senggarang dapat menilai rekod perkhidmatan serta pengalaman yang dimiliki Onn dalam membuat pilihan demi kesejahteraan dan pembangunan kawasan berkenaan pada masa hadapan.

Pada pilihan raya kali ini, DUN Senggarang menyaksikan pertembungan tiga calon iaitu Onn Abu Bakar mewakili PH, Datuk Mohd Rashid Hasnon daripada Perikatan Nasional (PN) dan Mohd Yusla Ismail yang mempertahankan kerusi bagi Barisan Nasional (BN).

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu