Anwar perjelas isu jentera kerajaan, bukan larangan terhadap program FELDA

KUALA LUMPUR – Semua acara yang menggunakan jentera kerajaan tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen pilihan raya bagi memastikan prinsip keadilan dan integriti dipatuhi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata arahan jelas sudah dikeluarkan dan ia tiada kena mengena dengan sebarang penganjuran program bersama peneroka FELDA oleh kerajaan negeri.

“Saya tidak memberikan arahan (sekat sebarang penganjuran program bersama FELDA). Arahannya ialah tidak boleh ada acara menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya. Itu arahan bagi kesemua.

“Jadi dalam soal Hari Peneroka, ia tidak dilarang. Kerajaan negeri nak pergi bagi geran tanah, itu hal dia walaupun dia tahu peraturan pilihan raya… bukan larangan. Tapi untuk gunakan jentera FELDA berkempen, tidak boleh,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai pembatalan sambutan Hari FELDA di Kluang, Johor yang didakwanya berpunca daripada isu politik sehingga menjejaskan harapan peneroka untuk menerima geran tanah.

Anwar menegaskan, keputusan mengenai program tersebut di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya atas arahan Kerajaan Persekutuan.

Malah, katanya, isu pembatalan itu tidak pernah dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri kepadanya selain turut menyifatkan dakwaan yang tular di media sosial itu sebagai tidak berasas.

Beliau berkata, tiada halangan untuk mana-mana Menteri Besar memasuki kawasan FELDA bagi melaksanakan program mereka sendiri.

Menyentuh mengenai soal kebajikan peneroka pula, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri sentiasa memberi perhatian serius terhadap agenda pemulihan FELDA yang sebelum ini terjejas akibat pengurusan terdahulu.

Related Posts

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

PUTRAJAYA -Undang-undang baharu yang bakal diwujudkan bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak akan menyekat hak pelajar serta mahasiswa. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’

Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen