Bayaran interim khas Sarawak dijangka diluluskan dalam masa terdekat – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan sedang memuktamadkan rundingan dengan Kerajaan Sarawak berhubung pemberian bayaran interim khas yang setara dengan kemudahan dinikmati Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengiktiraf kelayakan Sarawak untuk menerima bayaran berkenaan selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, rundingan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg sedang berlangsung dan akan diteruskan sehingga mencapai keputusan.

“Kita masih meneruskan rundingan dengan Sarawak dengan proses terkini diadakan di Bintulu, Kuching.

“Memang kita tidak umumkan (hasil rundingan) kerana mahu memberi tumpuan kepada RM1.8 bilion yang julung kalinya diberikan kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) sama ada Sarawak layak menerima bayaran interim khas sebagaimana yang diberikan kepada Sabah.

Anwar berkata, kerajaan komited meneruskan rundingan berhubung perkara itu dan berpandangan jumlah bayaran interim khas kepada Sarawak wajar dipertingkatkan berasaskan semangat MA63.

Menurut beliau, proses rundingan membabitkan Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebelum diperhalusi menerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“(Bayaran interim khas) ini akan diluluskan dalam masa terdekat dan rundingan sudah diadakan antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak,” katanya.

Related Posts

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa