Bekas Chef ceburi perniagaan produk sendiri, pasaran menembusi luar negara

TAWAU – Pengalaman lebih 14 tahun dalam bidang kulinari menjadi titik tolak kepada seorang bekas chef untuk menceburi bidang keusahawanan dengan menghasilkan produk pes makanan sendiri sejak awal tahun lalu.

Pengasas Kekal Kaya Enterprise (KKE), Ahmad Dilla Madi, 34, berkata, sebelum ini dia bekerja di bahagian dapur dan jawatan terakhirnya adalah sebagai ketua chef di sebuah syarikat pengeluaran makanan yang menghasilkan pes masakan untuk dibekalkan kepada restoran dan gerai makanan.

Bagaimanapun katanya, dia kemudian membuat keputusan untuk pulang ke Sabah dan memulakan perniagaan selepas melihat potensi besar dalam penghasilan pes masakan.

“Awalnya saya memberi fokus kepada dua jenis masakan iaitu masakan Cina tempatan dan Melayu, selain menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan resipi sendiri.

“Memang banyak yang jual kari laksa, jadi saya ambil yang terbaik daripada pelbagai resipi dan gabungkan untuk hasilkan resipi sendiri,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press.

Ahmad berkata, dia memulakan perniagaan tersebut pada Februari 2025 dan kini masih dalam fasa awal dengan menghasilkan empat jenis produk iaitu pes kari laksa, tom yam, asam pedas dan nyonya sambal.

Namun katanya, setakat ini, produknya telah dibekalkan ke lima daerah di Sabah dan pasaran paling jauh adalah sehingga ke Brunei dengan kebanyakan pelanggan terdiri daripada peniaga makanan.

“Namun buat masa ini saya memberi fokus kepada dua produk utama iaitu tom yam dan kari laksa.

“Dari segi kapasiti pengeluaran, bagi pasaran runcit purata jualan pes dianggarkan kira-kira 400 hingga 500 paket sebulan, manakala bagi pembekalan pukal pula sekitar 200 hingga 300 kilogram sebulan, ” ujarnya.

Jelas Ahmad, dalam usaha memperkenalkan produk pes makanan itu, dia turut menyertai pelbagai acara dan program anjuran agensi kerajaan seperti FAMA, Peladang dan program besar sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK).

Mengenai bantuan atau geran keusahawanan, dia memaklumkan turut menerima bantuan pembungkusan daripada FAMA untuk dua produk iaitu kari laksa dan tom yam selain sokongan daripada pihak MUIS Sabah dan INSKEN.

Mengulas cabaran awal, dia berkata, perniagaan tersebut bermula tanpa ilmu dalam penghasilan produk dan berdepan tempoh lima bulan tanpa pendapatan.

Bagaimanapun, dia menerima bantuan daripada rakan usahawan yang memberi tunjuk ajar serta memperkenalkan kepada agensi berkaitan.

Kini, Ahmad mampu menggaji dua orang pekerja serta mempunyai pendapatan sendiri.

Ahmad turut menasihatkan golongan belia agar tidak takut mencuba sesuatu yang baharu khususnya Salam bidang keusahawanan.

“Jangan pernah takut, jangan malu bertanya, jangan sombong. Sentiasa mencari ilmu dan berusaha,” kongsinya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit