Sukan Sekolah platform lahir atlet Sabah bertaraf dunia – James Ratib

KOTA MARUDU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperkukuhkan pembangunan sukan sekolah sebagai platform mencungkil bakat atlet muda serta membentuk generasi yang berdisiplin, berdaya saing dan seimbang selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, Datuk James Ratib berkata, kejohanan sukan di peringkat sekolah bukan sekadar medan pertandingan, malah merupakan asas penting dalam melahirkan atlet yang berpotensi mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di pentas antarabangsa.

“Kecemerlangan murid hari ini tidak lagi diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata.

“Sebaliknya, kita mahu melahirkan generasi yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI), dengan sukan menjadi antara wahana terbaik membentuk sahsiah, disiplin dan daya tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri KPSTI Sabah, Justinus Jalang, sempena Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD), Kota Marudu Tahun 2026, di sini pada Isnin.

Menurut beliau, pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) akan terus diperkasakan bagi memastikan setiap murid, tanpa mengira latar belakang atau lokasi, mempunyai peluang menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan sukan masa kini perlu bergerak seiring dengan kemajuan sains, teknologi dan inovasi melalui penerapan elemen sains sukan, pemakanan, psikologi sukan, analisis prestasi serta teknologi latihan bagi meningkatkan prestasi atlet.

Katanya, usaha itu disokong menerusi Landskap Baharu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang memberi penekanan terhadap kesaksamaan peluang pendidikan dan pembangunan bakat antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Cabaran geografi Sabah tidak boleh menjadi penghalang kepada kejayaan anak-anak kita. Sebaliknya, daerah seperti Kota Marudu mempunyai potensi besar melahirkan atlet berbakat yang mampu bersaing di peringkat negeri kebangsaan dan antarabangsa,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, jawatankuasa pengelola, guru, jurulatih pengetua, guru besar, ibu bapa serta semua pihak yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan sekolah.

Beliau turut menggesa para atlet muda supaya bertanding dengan semangat kesukanan, berintegriti dan menghormati peraturan pertandingan.

“Saya yakin suatu hari nanti akan lahir daripada kejohanan seperti ini atlet yang mampu mengharumkan nama Kota Marudu, Sabah dan Malaysia di pentas Sukan SEA, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik,” ujarnya.

Terdahulu, Justinus mewakili James merasmikan Kejohanan Olahraga MSSM Kota Marudu Tahun 2026.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu, Halim Biden @ Bibin, Pengetua SMK Bandau, Richard Samie Kiou dan bersama pemimpin masyarakat, guru-guru, ibu bapa serta para atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Related Posts

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, Thailand semalam dipindahkan ke sebuah hospital di Kelantan pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa memberi pertimbangan khas kepada industri pelancongan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan kelangsungan operasi pengusaha pelancongan, khususnya di pulau-pulau dan kawasan pedalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM