Peruntukan Persekutuan kepada negeri dibuat secara adil – PM

KUALA LIMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan secara tidak adil dan tidak mencukupi kepada kerajaan negeri adalah tidak benar.

Perdana Menteri berkata, sebahagian besar negeri menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan yang melebihi purata hasil masing-masing, kecuali Selangor dan Pulau Pinang yang mencatat hasil negeri lebih tinggi.

“Semua negeri memperoleh peruntukan lebih ketimbang sebelumnya dan purata hasil cukai, melainkan Selangor serta Pulau Pinang.

“Selangor dan Pulau Pinang kerana kebetulan kedudukannya yang strategik, mendapat hasil tinggi tetapi perbelanjaan peruntukan Persekutuan (diterima) lebih kurang (berbanding purata hasil),” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) berhubung dakwaan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang tidak adil dan tidak mencukupi berbanding hasil yang dikutip.

Menurut beliau, penyaluran peruntukan Kerajaan Persekutuan ditentukan berdasarkan keutamaan serta keperluan pembangunan di setiap negeri, termasuk pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), menaik taraf lebuh raya dan jalan raya serta projek lain yang memerlukan perhatian khusus.

Beliau berkata, jumlah peruntukan kepada kerajaan negeri turut meningkat berbanding sebelum ini, selain keputusan mengenainya dibuat berdasarkan keperluan mendesak di setiap negeri.

Anwar berkata, kerajaan negeri juga menerima pertambahan peruntukan menerusi Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT), pemberian tahap dan geran sama rata yang diumumkan kepada Menteri Besar, Ketua Menteri serta Premier.

“Saya harap penjelasan ini boleh mengundang pandangan tambahan (dan) cadangan, tetapi tidak benar sama sekali tohmahan negeri tertentu dianaktirikan atau dipinggirkan.

“Jika mahu (buat) perbandingan. Saya tegaskan, Kerajaan MADANI-lah (memberi) peruntukan tertinggi untuk negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan, ketimbang sebelumnya,” katanya.

Memperincikan agihan peruntukan, beliau berkata, Kelantan menerima dana RM8.9 bilion berbanding purata hasil RM946 juta bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Katanya, Kedah pula menerima peruntukan RM9.5 bilion berbanding purata hasil RM3.7 bilion, manakala Terengganu menerima RM7.8 bilion berbanding purata hasil RM2.4 bilion bagi tempoh sama.

“Peruntukan kepada Perlis pula bernilai RM2.2 bilion berbanding purata hasil RM419 juta, manakala Johor menerima RM16 bilion ketimbang hasil sekitar RM14 bilion.

“Selangor pula menerima peruntukan RM15 bilion, biarpun purata hasil cukai bernilai RM43.6 bilion, manakala Pulau Pinang terima RM7.9 bilion ketimbang purata hasil RM10.7 bilion bagi tempoh sama,” katanya.

Related Posts

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

PUTRAJAYA – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai satu perkembangan bersejarah yang membuka lembaran baharu kepada perjuangan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang