Usaha perkukuh syiar Islam mualaf Orang Asli Pahang perlu konsisten

KUANTAN – Usaha memperkukuh kefahaman mengenai Islam perlu dilakukan secara berfokus dan konsisten.

Ia adalah bagi memastikan golongan mualaf sentiasa mendapat pendedahan mengenai perkara asas seperti fardu ain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, inisiatif dilakukan pihak Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Mualaf Negeri Pahang meneruskan dakwah kepada saudara baharu yang terdiri daripada komuniti Orang Asli perlu diberi pujian.

“Untuk kursus kali ini, seramai 52 peserta mengambil bahagian dan mereka adalah saudara baharu daripada masyarakat Orang Asli di Pahang.

“Sepanjang tiga hari berada di sini, mereka mengikut modul disediakan penganjur yang bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam.

“Jadi, kita hargai usaha dilakukan pihak Yayasan dan pasukan daripada Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup kursus itu, petang semalam.

Beliau dalam masa yang sama merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Mualaf Negeri Pahang, Datuk Dr Zulkiflie Ali A Hafiz atas penganjuran program itu.

Sementara itu, pada majlis sama, Ahmad Irshadi juga menyampaikan sumbangan Bakti Negeri (BN) Pahang kepada peserta kursus berkenaan.

Katanya, bantuan BN Pahang itu adalah bagi meringankan beban ditanggung penduduk susulan krisis berterusan di Asia Barat.

“Untuk BN Pahang ini, saya mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan kepada peserta yang layak.

“Ini adalah bukti kasih sayang kerajaan Pahang dan keprihatinan pimpinan negeri dalam mencari jalan untuk terus membantu rakyat,” jelasnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit