Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) menjadi asas baharu kerajaan dalam mempercepat transformasi digital negara serta memperkukuh kesiapsiagaan Malaysia menghadapi perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), automasi dan ekonomi berasaskan data.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan tindakan yang dilancarkan hari ini turut dirangka bagi meningkatkan daya tahan negara berdepan ketidaktentuan geopolitik dan persaingan ekonomi digital di peringkat antarabangsa.

“Keutamaan kita ialah memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan tersusun, berdisiplin dan berimpak agar dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Selain itu, ia bagi memperkukuh daya saing perniagaan serta memacu Malaysia ke arah sebuah Negara AI yang inklusif menjelang 2030,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

MD2030 merupakan rangka tindakan nasional bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang menandakan peralihan strategi negara daripada sekadar pengguna teknologi kepada pengeluar inovasi digital tempatan.

Anwar berkata, ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), beliau turut menekankan bahawa pembangunan perkhidmatan digital kerajaan perlu dilaksanakan secara dalaman di bawah penyelarasan Kementerian Digital melalui Jabatan Digital Negara.

Menurut beliau, langkah itu penting untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan data negara, di samping mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar serta memperkukuh kepakaran digital dalam sektor awam.

“Insya-Allah dengan iltizam seluruh jentera Kerajaan MADANI, MD2030 akan menjadi agenda nasional yang mengubah cara kita bekerja, berkhidmat dan membina masa depan negara,” katanya.

Related Posts

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen Malaysia mengumpul sembilan pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuktikan kesungguhan dan kehebatan atlet negara dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

KUALA LUMPUR – Pemulihan kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi Land perlu disegerakan bagi membolehkan kawasan berkenaan disediakan untuk tujuan perumahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir