RUU Pinda Akta 792 perkukuh tindakan terhadap pemangsa seksual kanak-kanak rentas sempadan

KUALA LUMPUR – Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 bagi memperluaskan bidang kuasa undang-undang Malaysia terhadap jenayah seksual melibatkan kanak-kanak yang dilakukan di luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan itu bertujuan memastikan Malaysia tidak berdepan kekangan perundangan dalam mengambil tindakan terhadap pelaku jenayah seksual kanak-kanak yang beroperasi merentas sempadan.

“Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 menyediakan suatu kerangka perundangan yang kukuh bagi menangani pelbagai bentuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

“Walau bagaimanapun, pengalaman pelaksanaannya menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk memperkukuh peruntukan berkaitan pemakaian luar wilayah atau ‘extra-territorial jurisdiction’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Azalina berkata, ketika ini Seksyen 3 Akta 792 hanya membolehkan tindakan diambil terhadap warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan di luar negara, namun pindaan dicadangkan akan memperluaskan pemakaiannya kepada pemastautin tetap serta individu yang lazim bermastautin di Malaysia.

“Namun, perkembangan semasa menunjukkan bahawa skop itu perlu diperluaskan. Persoalannya, adakah perlindungan undang-undang Malaysia harus terhenti hanya kerana kesalahan dilakukan di luar negara atau pelaku berada di luar bidang kuasa Malaysia? Kerajaan berpendapat bahawa jawapannya mestilah tidak,” katanya.

Tambahnya, perkembangan teknologi komunikasi, media sosial, aplikasi pesanan segera dan platform digital telah membuka ruang baharu yang dieksploitasi oleh pemangsa seksual kanak-kanak, menjadikan jenayah tersebut semakin kompleks dan sukar dikesan.

“Pendekatan ini akan memastikan perlindungan undang-undang yang lebih menyeluruh serta selaras dengan sifat jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang semakin merentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan data Internet Watch Foundation, sebanyak 16,238 laporan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) membabitkan kanak-kanak Malaysia direkodkan sepanjang 2024, meningkat lebih 225 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini pula, sebanyak 12,656 laporan telah direkodkan.

Tegasnya, pindaan tersebut menghantar mesej jelas bahawa Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk eksploitasi seksual kanak-kanak, selain memastikan negara memiliki undang-undang yang lebih tegas, moden dan berkesan dalam melindungi golongan itu.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP