Mungkin Machang kena tanya Bachok – Akmal tegur Wan Ahmad Fayhsal ulang soalan sama

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara menerusi transformasi jangka panjang bagi memastikan Malaysia tidak terus bergantung kepada struktur ekonomi sedia ada dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perubahan tersebut memerlukan komitmen berterusan dalam tempoh lima hingga 10 tahun, termasuk memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian nilai industri strategik serta peralihan tenaga.

“Machang berubah-ubah, bertukar naratif, tapi di sini seperti YB Kampar nyatakan, kita tak boleh bergantung keadaan sedia ada.

“Kedudukan ekonomi dalam rantaian perlu ditingkatkan, dalam lima atau 10 tahun mendatang ini, ketika ini kita kena bertahan untuk peralihan tenaga itu berlaku, termasuk di peringkat domestic. Harap Machang nampak usaha ini,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan susulan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkenaan peralihan tenaga berkait penutupan Selat Hormuz.

Akmal menambah, Malaysia tidak boleh bergantung kepada sumber tenaga tradisional semata-mata, sebaliknya perlu meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar bagi memperkukuhkan keselamatan tenaga negara.

Menurutnya, walaupun Malaysia masih merupakan pengeksport bersih gas, kerajaan perlu merancang lebih awal bagi menghadapi perubahan landskap tenaga global dan mengurangkan kebergantungan terhadap laluan strategik seperti Selat Hormuz yang terdedah kepada risiko geopolitik.

“Saya setuju subsidi tak selesai masalah. Maka perlu diurus secara bersama, ini proses libat urus.

“Machang bangkitkan, Bachok ada Bersama pun ketika sesi, mungkin Machang boleh tanya Bachok,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan transformasi ekonomi bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam tempoh singkat, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak merentasi perbezaan politik demi memastikan perubahan yang dirancang dapat direalisasikan.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP