KDNK berkembang 5.4 peratus, ekonomi negara kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026, meskipun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi susulan krisis di Asia Barat.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pertumbuhan itu didorong oleh permintaan domestik yang kekal kukuh, sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi negara.

Beliau berkata, kadar inflasi turut kekal stabil pada dua peratus pada Mei lalu berbanding 1.9 peratus pada April, manakala nilai eksport meningkat 24.3 peratus kepada RM793.8 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Selain itu, katanya, aliran pelaburan langsung asing (FDI) pada suku pertama tahun ini mencecah RM22.8 bilion dengan sektor perkhidmatan muncul sebagai penyumbang utama.

“Prestasi ini menyumbang kepada lebihan imbangan akaun semasa sebanyak RM15.2 bilion atau 3.1 peratus kepada pendapatan negara kasar (PNK).

“Negara juga terus mencatat keyakinan pelabur apabila merekodkan RM92.8 bilion pelaburan diluluskan, membabitkan 1,249 projek dan dijangka mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan baharu bagi tempoh sama,” katanya pada sesi penerangan mengenai krisis bekalan global di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Akmal Nasrullah berkata, kerajaan tidak memandang ringan risiko yang boleh timbul sekiranya krisis bekalan global berpanjangan, namun situasi itu sedang ditangani secara sistematik berdasarkan penilaian dan data semasa.

Katanya, pemantauan berterusan dilakukan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersama agensi berkaitan bagi memastikan setiap perkembangan dapat ditangani dengan segera, selain maklumat akan dikongsi kepada orang ramai mengikut keperluan.

“Usaha menangani impak krisis ini memerlukan kerjasama semua pihak supaya kita bersama dapat mengurangkan kesannya kepada ekonomi dan rakyat.

“Melalui pendekatan ini, negara akan terus berwaspada tanpa cemas, realistik tanpa defensif dan bertindak awal supaya ekonomi negara kekal stabil, rakyat terus dilindungi dan keyakinan terhadap Malaysia terus diperkukuh,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

PUTRAJAYA – Bekalan bahan api Malaysia dijamin mencukupi sehingga akhir tahun ini meskipun paras bekalan global berada pada tahap rendah, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. Nurhisham yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter