44 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sandakan

SANDAKAN – Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk wanita dan kanak-kanak, ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Negeri Sabah di sekitar daerah ini pada Jumaat.

Operasi menerusi Ops Sapu itu melibatkan 13 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Sandakan dan dilaksanakan bagi membanteras kehadiran warga asing yang melanggar undang-undang imigresen negara.

Menurut kenyataan Imigresen Sabah, seramai 84 individu telah diperiksa dalam operasi berkenaan sebelum 44 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua yang ditahan merupakan warganegara Filipina membabitkan 10 lelaki dewasa, 11 perempuan dewasa, 11 kanak-kanak lelaki dan 12 kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu, pada Ahad.

Siasatan awal mendapati semua individu yang ditahan gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Imigresen Sabah menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin, khususnya yang melibatkan isu keselamatan dan ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Imigresen Sabah turut menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing bagi membantu usaha penguatkuasaan pihak berkuasa.

Foto: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Related Posts

KEPKAS komited memudah cara penyelesaian isu pelesenan premis pelancongan di Semporna

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) sedang meneliti isu pelesenan yang dihadapi sebahagian pengusaha pelancongan tempatan di Semporna bagi mencari penyelesaian yang praktikal tanpa mengabaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Kuda dan Enggang’ martabat warisan budaya Sarawak, Inner Mongolia di persada global

KOTA SAMARAHAN – Pameran seni bertemakan Spirit of the Horses and Hornbills berjaya merentasi sempadan budaya antara Sarawak dan Inner Mongolia menerusi paparan 52 karya seni di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahasiswa jadilah jambatan didik pengundi muda lawan politik kebencian, pencetus politik matang PRN Johor

Mahasiswa jadilah jambatan didik pengundi muda lawan politik kebencian, pencetus politik matang PRN Johor

Fakharuddin kecam politik kotor sabotaj billboard

Fakharuddin kecam politik kotor sabotaj billboard

KDNK berkembang 5.4 peratus, ekonomi negara kekal berdaya tahan

KDNK berkembang 5.4 peratus, ekonomi negara kekal berdaya tahan

Krisis Asia Barat dijangka tingkat 20 peratus kos baja, makanan – Akmal Nasrullah

Krisis Asia Barat dijangka tingkat 20 peratus kos baja, makanan – Akmal Nasrullah

Rafizi arkitek gagal, hindari naratif palsu burukkan kerajaan