Usul tambah 17 kerusi DUN Sarawak tidak sempat dibentang tahun ini – Fadillah Yusof

KUCHING – Pembentangan usul persempadanan semula bagi penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Parlimen dijangka tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kekangan prosedur.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terikat dengan proses dan perundangan yang memerlukan tempoh yang panjang sebelum usul tersebut dimuktamadkan.

Menurut beliau, ia termasuk keperluan mempamerkan penemuan kajian persempadanan semula itu kepada umum bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat penelitian.

“Selepas pameran, akan ada ruang untuk proses bantahan daripada pihak awam dan sebagainya.

“Jadi, proses dan prosedur itu mungkin tidak sempat untuk memenuhi tempoh (pembentangan) bagi tahun ini. Kemungkinan besar tahun depan baharu usul ini dapat dibawa (ke Parlimen),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Pelajar Cemerlang SPM (RISE) di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuching Utara pada Ahad.

Mengulas lanjut mengenai sasaran garis masa pembentangan kerusi baharu tersebut pada tahun hadapan, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menegaskan bahawa perkara itu tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa SPR.

Kerajaan tegasnya, menghormati kebebasan suruhanjaya tersebut dan tidak akan mencampuri urusan berkaitan.

“Itu (tarikh pembentangan) bergantung kepada SPR, saya tidak tahu. SPR mempunyai proses dan prosedur mereka sendiri, jadi kita tidak campur urusan SPR,” jelasnya.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar