Selangor sasar kuasai lebih 70 peratus industri aeroangkasa menjelang 2030

SHAH ALAM – Selangor menyasarkan untuk menguasai lebih 70 peratus industri aeroangkasa negara menjelang penghujung dekad ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab aeroangkasa utama Malaysia dan rantau ini.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, sasaran itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri memperkukuh rantaian nilai industri aeroangkasa di tengah-tengah cabaran ekonomi global serta gangguan rantaian bekalan.

“Selangor berada pada kedudukan yang unik, bukan sekadar sebagai alternatif, malah sebagai pangkalan rantaian bekalan yang paling stabil dan diyakini menjelang 2030 serta tahun-tahun seterusnya,” katanya mewakili Menteri Besar Selangor menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Selangor Aerospace Forum (SAF) 2026 pada Sabtu.

Sze Han berkata, Selangor kini menjadi tonggak kepada lebih dua pertiga industri aeroangkasa Malaysia, sekali gus berperanan sebagai platform utama bagi syarikat global untuk mengembangkan pelaburan serta membawa masuk teknologi ke negara ini.

Beliau berkata, perkembangan itu turut merangsang pertumbuhan sektor Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO), yang merupakan antara industri berkemahiran tinggi dan bernilai tinggi yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Tambahnya, kelebihan Selangor turut diperkukuhkan dengan kewujudan dua lapangan terbang utama iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri tersebut.

“Hari ini, hampir tujuh daripada setiap 10 syarikat aeroangkasa di Malaysia memilih untuk beroperasi di Selangor, menjadikan negeri ini sebagai pusat utama industri aeroangkasa negara.

“Kami tidak bercadang untuk memperlahankan momentum ini. Matlamat kami adalah untuk melepasi penguasaan pasaran sebanyak 70 peratus sebelum penghujung dekad ini,” katanya.

Related Posts

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

SIBU – Tiga keluarga mangsa kebakaran di Rumah Panjang Tr. Udin Nasat, Dudong menerima bantuan kewangan berjumlah RM2,600 daripada Exco Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) Nasional pada Ahad.  Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

KUANTAN – Gelanggang futsal di Taman Seri Inderapura, dekat sini, diberi nafas baharu menerusi peruntukan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) diperkenalkan Kerajaan MADANI. Buat masa ini, kerja naik taraf dan baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir