1,400 peniaga Sabak Bernam nikmati diskaun sewa 30 peratus selama enam bulan

SABAK BERNAM – Seramai 1,400 peniaga yang menyewa premis di bawah seliaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bakal menikmati pengurangan kadar sewa sebanyak 30 peratus selama enam bulan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.

MDSB dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan inisiatif itu melibatkan komitmen kewangan sebanyak RM60,000 sebulan atau RM360,000 bagi tempoh Julai hingga Disember.

Menurut MDSB, pengurangan hasil itu akan ditanggung daripada kutipan sewaan bulanan premis yang dianggarkan berjumlah RM200,000, dengan majlis turut merangka beberapa langkah bagi memastikan kedudukan kewangannya terus kukuh.

“Pengurangan kadar sewa ini diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada para peniaga, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos operasi serta cabaran ekonomi semasa,” menurut kenyataan itu.

Jelas MDSB, pendekatan itu membolehkan bantuan kepada peniaga diteruskan tanpa menjejaskan keupayaan majlis dalam menyampaikan perkhidmatan kepada penduduk.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pengurangan kadar sewa premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) sebanyak 30 peratus bagi tempoh enam bulan bermula Julai hingga Disember.

Beliau berkata, inisiatif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 itu bertujuan membantu peniaga menghadapi kesan krisis bekalan dan tenaga global, sekali gus memberi manfaat kepada 21,234 penyewa premis PBT di seluruh Selangor.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4.5 juta bagi melaksanakan bantuan berkenaan yang akan disalurkan secara automatik tanpa memerlukan sebarang permohonan daripada penyewa.

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 diumumkan pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor sebagai langkah membantu rakyat dan sektor perniagaan menghadapi peningkatan kos susulan gangguan rantaian bekalan serta ketidaktentuan pasaran tenaga global.

Related Posts

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

SIBU – Tiga keluarga mangsa kebakaran di Rumah Panjang Tr. Udin Nasat, Dudong menerima bantuan kewangan berjumlah RM2,600 daripada Exco Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) Nasional pada Ahad.  Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

KUANTAN – Gelanggang futsal di Taman Seri Inderapura, dekat sini, diberi nafas baharu menerusi peruntukan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) diperkenalkan Kerajaan MADANI. Buat masa ini, kerja naik taraf dan baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir