PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) yakin tindakan beberapa bekas ahli PKR bertanding atas tiket Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap gabungan itu.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, jentera dan anggota parti di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PH kekal bersatu serta menunjukkan komitmen tinggi dalam menghadapi pilihan raya.

“Itu pilihan mereka untuk keluar daripada PKR dan seterusnya bertanding bawah tiket Bersama.

“Namun setakat yang kita lihat kini terutama pada hari penamaan calon, pagi tadi, sokongan anggota parti dan masyarakat di setiap kawasan itu amat baik sekali.

“Pada masa sama, kita juga mengambil pendekatan memperkukuhkan kempen dengan meletak pimpinan utama di setiap kawasan ditandingi, selain pendekatan ‘negeri angkat’ bagi membantu kempen parti di setiap DUN,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Johor, di sini, hari ini.

Pada PRN Johor kali ini, antara bekas ahli PKR yang bertanding atas tiket Bersama ialah Stanley Tan di kerusi DUN Stulang.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru.

Seorang lagi ialah bekas calon PKR bagi DUN Larkin pada PRN Johor 2022, Dr Zamil Najwah, yang kini bertanding di kerusi DUN Permas mewakili Bersama.

Dalam perkembangan sama, Dr Zaliha berkata, PH akan mempergiat usaha turun padang bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa yang menjadi bahan serangan terhadap kerajaan, khususnya berkaitan harga minyak, bekalan tenaga dan konflik di Asia Barat.

“Ini kerana kita melihat ada usaha menyerang PKR dan PH, termasuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai isu minyak serta bekalan tenaga.

“Jadi, kita akan meningkatkan usaha menyantuni rakyat dan memberi penjelasan serta kefahaman kepada mereka bahawa isu itu bersifat global.

“Rakyat perlu diberi penjelasan tuntas bahawa isu itu bukan berpunca daripada kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha bersungguh-sungguh, antara lain ke Rusia dan Turkmenistan bagi memastikan bekalan stabil dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan rakyat memahami bahawa isu berkenaan dipengaruhi keadaan ekonomi dan geopolitik dunia, bukannya berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan.

Ditanya mengenai calon Menteri Besar Johor sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRN, Dr Zaliha berkata, perkara itu akan diputuskan melalui perbincangan pimpinan tertinggi parti-parti dalam gabungan PH, iaitu PKR, Amanah dan DAP.

Related Posts

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

KOTA KINABALU- Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sabah masih menjadi antara keutamaan Kerajaan MADANI, khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat di negeri itu sebaliknya hanya menjawab persoalan yang dibangkitkan kerajaan Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX