Dua nelayan dilapor hilang ditemukan lemas selepas bot karam

PARIT BUNTAR – Misteri kehilangan dua nelayan yang dilaporkan hilang pada Rabu terjawab apabila kedua-dua mereka ditemukan lemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan Pulau Pasir Hitam, Kuala Terong, Kuala Kurau, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Mohd Hairil Othman berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemukan oleh sebuah vesel nelayan tempatan sebelum dibawa ke Jeti Kuala Sepetang.

Menurutnya, pihak Maritim Malaysia menerima laporan kehilangan dua nelayan itu kira-kira jam 5.30 petang pada Rabu sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan.

“Siasatan awal mendapati bot nelayan yang dinaiki mangsa disyaki mengalami kerosakan enjin ketika mereka sedang menarik pukat. Keadaan cuaca buruk turut dipercayai menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kejadian tersebut.

“Mayat kedua-dua mangsa telah disahkan identiti oleh majikan masing-masing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan penemuan kedua-dua mangsa, operasi CARILAMAT ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.10 malam, Khamis.

“Saya mewakili seluruh warga Maritim Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa atas kehilangan insan tersayang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hairil mengingatkan komuniti maritim, khususnya golongan nelayan, agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sebelum dan semasa berada di laut.

Beliau menasihatkan nelayan supaya memastikan bot berada dalam keadaan baik dan selamat untuk belayar, sentiasa memakai jaket keselamatan, membawa peralatan komunikasi yang berfungsi serta menyemak ramalan cuaca sebelum keluar ke laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Posts

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

SUNGAI PETANI – Pengasuh yang ditahan berhubung kejadian bayi perempuan 11 bulan yang meninggal dunia semalam selepas terjatuh direman tiga hari untuk membantu siasatan. Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

KANGAR – Kebanyakan etnik Rohingya yang berada di Perlis didapati memiliki kad pendaftaran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), namun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri akan terus mempergiat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

πŠπ‹πŸπŸŽ dijangka berlangsung pada suku keempat 2026 – Menteri

πŠπ‹πŸπŸŽ dijangka berlangsung pada suku keempat 2026 – Menteri

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

Anwar tekad terus pertingkat prestasi, tidak leka dengan pujian

Anwar tekad terus pertingkat prestasi, tidak leka dengan pujian

Kerajaan percepat pembinaan rumah sewa penjawat awam di tanah kerajaan – PM

Kerajaan percepat pembinaan rumah sewa penjawat awam di tanah kerajaan – PM

PM nafi dakwaan sekat MB Johor masuk FELDA

PM nafi dakwaan sekat MB Johor masuk FELDA