Dua nelayan dilapor hilang ditemukan lemas selepas bot karam

PARIT BUNTAR – Misteri kehilangan dua nelayan yang dilaporkan hilang pada Rabu terjawab apabila kedua-dua mereka ditemukan lemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan Pulau Pasir Hitam, Kuala Terong, Kuala Kurau, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Mohd Hairil Othman berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemukan oleh sebuah vesel nelayan tempatan sebelum dibawa ke Jeti Kuala Sepetang.

Menurutnya, pihak Maritim Malaysia menerima laporan kehilangan dua nelayan itu kira-kira jam 5.30 petang pada Rabu sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan.

“Siasatan awal mendapati bot nelayan yang dinaiki mangsa disyaki mengalami kerosakan enjin ketika mereka sedang menarik pukat. Keadaan cuaca buruk turut dipercayai menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kejadian tersebut.

“Mayat kedua-dua mangsa telah disahkan identiti oleh majikan masing-masing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan penemuan kedua-dua mangsa, operasi CARILAMAT ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.10 malam, Khamis.

“Saya mewakili seluruh warga Maritim Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa atas kehilangan insan tersayang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hairil mengingatkan komuniti maritim, khususnya golongan nelayan, agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sebelum dan semasa berada di laut.

Beliau menasihatkan nelayan supaya memastikan bot berada dalam keadaan baik dan selamat untuk belayar, sentiasa memakai jaket keselamatan, membawa peralatan komunikasi yang berfungsi serta menyemak ramalan cuaca sebelum keluar ke laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff