MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

SHAH ALAM – Kemudahan laluan pejalan kaki yang selamat dan selesa amat penting, khususnya untuk pelajar, warga kampus serta pengguna pengangkutan awam yang berulang-alik setiap hari.

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata demikian setelah meninjau keadaan laluan pejalan kaki dari Stesen LRT Stadium Shah Alam ke Management & Science University (MSU) susulan isu yang tular baru-baru.

“Tinjauan ini turut disertai pegawai dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melibatkan Jabatan Pengangkutan Bandar dan Jabatan Kejuruteraan bagi melihat keadaan sebenar di lokasi laluan pejalan kaki yang disediakan Prasarana sehingga Persiaran Sukan terhenti di pagar MSU (Management and Science University).

“Sehubungan dengan itu, saya telah menghubungi pihak pengurusan MSU untuk mendapatkan kepastian bahawa mereka mempunyai perancangan untuk membuka pagar dan menyambung laluan pejalan kaki ini ke MSU,” katanya menerusi hantaran media sosial pada Khamis.

Azli menegaskan, beliau percaya semua pihak akan bekerjasama untuk menyegerakan akses yang sempurna untuk kemudahan orang ramai.

Untuk rekod, laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) atau Laluan Shah Alam akan mula beroperasi sepenuhnya pada 29 Jun dengan majlis perasmian dijangka dilaksana oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Jun.

Related Posts

PGA serbu lombong bauksit haram, tahan 9 lelaki dan jentera

KUANTAN – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan melombong mineral bauksit dipercayai diusahakan secara haram hasil serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di FELDA Bukit Goh dekat sini, pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemimpin masyarakat, penjawat awam diseru hayati semangat hijrah dalam kehidupan harian

TAWAU – Pemimpin masyarakat, penjawat awam dan setiap individu di negeri ini diseru agar menghayati semangat hijrah dengan mencontohi peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai asas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PGA serbu lombong bauksit haram, tahan 9 lelaki dan jentera

PGA serbu lombong bauksit haram, tahan 9 lelaki dan jentera

Pemimpin masyarakat, penjawat awam diseru hayati semangat hijrah dalam kehidupan harian

Pemimpin masyarakat, penjawat awam diseru hayati semangat hijrah dalam kehidupan harian

Serbuan dua kilang di Klang, 270 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

Serbuan dua kilang di Klang, 270 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

Dua nelayan dilapor hilang ditemukan lemas selepas bot karam

Dua nelayan dilapor hilang ditemukan lemas selepas bot karam

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM