IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

SARATOK – Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok diseru supaya terus memperkukuhkan integriti, meningkatkan kecekapan penggunaan teknologi serta mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan dadah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden Mathew Manggie berkata, ancaman dadah bukan sahaja merosakkan individu, malah memberi kesan besar terhadap keselamatan dan keharmonian masyarakat.

Menurutnya, semua bahagian dan pegawai perlu memainkan peranan secara bersepadu bagi memastikan usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah dilaksanakan secara berkesan.

“Keutamaan kita masih tertumpu kepada usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di seluruh daerah Saratok.

Ancaman dadah bukan sahaja merosakkan individu, malah memberikan kesan besar kepada keselamatan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Saratok bagi Jun 2026 di Padang Kawad IPD Saratok pada Khamis.

Beliau turut mengingatkan setiap pegawai dan anggota supaya memastikan indeks jenayah terus menunjukkan penurunan melalui tindakan pencegahan yang proaktif, rondaan yang berkesan serta meningkatkan kehadiran polis di lapangan.

Dalam pada itu, Mathew menegaskan bahawa disiplin dan integriti perlu terus menjadi pegangan setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis.

“Integriti merupakan asas kepercayaan masyarakat kepada PDRM. Setiap tindakan kita mencerminkan imej keseluruhan pasukan. Justeru, jauhilah sebarang bentuk rasuah atau perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Beliau turut menggesa seluruh warga kerja IPD Saratok agar memperkukuhkan semangat kerja berpasukan selain memanfaatkan perkembangan teknologi dalam melaksanakan tugas harian.


“Saya menggalakkan semua warga kerja IPD Saratok supaya menjadi celik teknologi maklumat serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu tugasan harian dengan lebih pantas dan berkesan,” ujarnya.

Pada majlis sama, seramai 10 warga IPD Saratok menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sebagai penghargaan terhadap dedikasi, komitmen dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang menjalankan amanah.

Tambahnya lagi, beliau berharap pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin kepada seluruh warga IPD Saratok untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi dan masyarakat.

Perhimpunan bulanan tersebut juga dihadir lapan pegawai kanan polis, 75 pegawai rendah polis serta 29 pegawai awam. Perhimpunan berkenaan turut menjadi platform bagi menyampaikan amanat serta arahan terkini daripada pucuk pimpinan PDRM, di samping meraikan penerima APC 2025.

Related Posts

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

BELURAN – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Sapi berharap lebih banyak program berasaskan komuniti terus diperluaskan bagi mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, selain menjadi platform menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

KUCHING – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak tampil menjelaskan pendirian berhubung isu pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dengan menzahirkan penghargaan penuh terhadap komitmen kerajaan Sarawak. Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

Hari Bekerja Hibrid pemangkin transformasi ekonomi digital

Hari Bekerja Hibrid pemangkin transformasi ekonomi digital

Usia 15 tahun sudah berjinak dengan dadah sintetik

Usia 15 tahun sudah berjinak dengan dadah sintetik

Rakyat mahu Anwar terus terajui negara, kekal jadi PM selepas PRU16

Rakyat mahu Anwar terus terajui negara, kekal jadi PM selepas PRU16

DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak