Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

KOTA KINABALU – Pemain industri dan syarikat di Sabah diminta tidak bimbang untuk memberikan maklumat dalam Banci Ekonomi 2026 kerana semua data yang dikumpulkan dilindungi di bawah undang-undang dan hanya digunakan bagi tujuan penyediaan statistik rasmi negara.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Jonnybone J. Kurum berkata, masih terdapat tanggapan dalam kalangan sebahagian syarikat bahawa maklumat yang diberikan menerusi banci boleh memberi kesan kepada operasi perniagaan mereka.

Namun katanya, Banci Ekonomi 2026 bertujuan mengumpul data bagi membantu kerajaan memahami landskap ekonomi semasa dan merangka dasar pembangunan yang lebih berkesan, bukannya menilai prestasi sesebuah syarikat.

“Jangan risau untuk memberikan maklumat. Banci Ekonomi ini adalah bagi tujuan pengumpulan data dan penyediaan statistik rasmi negara.

“Semua maklumat yang diberikan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dilindungi di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) dan kerahsiaannya sentiasa dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 Bersama Badan Profesional dan Persatuan Perniagaan Negeri Sabah, pada Khamis.

Tambahnya, data yang tepat amat penting bagi membolehkan kerajaan menggubal dasar dan merancang pembangunan ekonomi berdasarkan keadaan sebenar.

“Tanpa data yang lengkap, kerajaan sukar mengenal pasti keperluan industri, peluang pelaburan serta sektor yang berpotensi untuk terus diperkasakan.

“Bagi merangka dasar yang berkesan, kerajaan perlu mempunyai gambaran sebenar mengenai keadaan ekonomi semasa. Sebab itu kerjasama semua pemain industri amat penting,” jelasnya.

Jonnybone turut menyeru badan profesional dan persatuan perniagaan menjadi rakan strategik DOSM dengan membantu menyebarluaskan maklumat mengenai kepentingan Banci Ekonomi 2026 kepada ahli masing-masing.

Katanya, kerjasama itu penting bagi meningkatkan kadar respon sekali gus memastikan statistik yang dihasilkan lebih tepat, berkualiti dan mencerminkan keadaan sebenar ekonomi Sabah.

“Statistik yang lengkap bukan sahaja membantu kerajaan merancang pembangunan, malah menjadi rujukan penting kepada pelabur, institusi kewangan, penyelidik dan komuniti perniagaan dalam membuat keputusan yang lebih tepat,”ujarnya.

Related Posts

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa