Ramai keluar undi tapi tak sokong BN pun tak guna – Ahmad Maslan

KLUANG – Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hanya dapat dicapai melalui kertas undi bukan jumlah pengundi keluar mengundi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, sekiranya ramai pengundi keluar mengundi namun tidak memangkah calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah juga tidak akan menentukan kejayaan parti itu dalam PRK DUN Mahkota.

Justeru Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya itu menyeru dan merayu pengundi Mahkota daripada semua kaum untuk keluar mengundi beramai-ramai sekali gus memangkah calon BN bagi menterjemahkan kejayaan parti itu khususnya dan Kerajaan Perpaduan amnya.

“Saya ingin menyebut bahawa kejayaan PRK ini ialah apabila pengundi Melayu yang menyokong BN keluar mengundi dan memangkah BN dan memasukkan kertas undi dalam tong undi, tapi kalau pengundi Melayu yang keluar mengundi lepas itu masukkan kertas undi dalam poket dia tak boleh membantu (kemenangan BN).

“Begitu juga pengundi Cina yang mengundi dan menyokong BN keluar mengundi dan masukkan kertas undi dalam tong begitu juga pengundi India yang menyokong BN keluar mengundi dan memangkah BN dan memasukkan kertas undi dalam tong (undi). Itu punca kejayaan.

“Jadi kita nak seberapa ramai pengundi Melayu, Cina dan India Orang Asli, Sabah Sarawak yang menyokong BN keluar mengundi beramai-ramai. Jadi kalau ada orang kata akan ditentukan oleh orang Melayu, kurang tepatlah
sebab yang akan menentukan ialah pengundi Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain adalah yang menyokong BN.

“Tapi yang tak menyokong BN itu kalau mereka tak keluar pun saya tak kisahlah. Bukan begitu?” kata Ahli Parlimen Pontian itu lagi.

Tegas Ahmad, beliau mahu pengundi Melayu, Cina, India yang menyokong BN keluar mengundi beramai-ramai termasuk pengundi luar.

“Tetapi kalau mereka sampai di situ (pusat mengundi) lepas tu nak jadikan kertas undi sebagai ‘souvenir’ (saguhati) dengan memasukkan kertas undi dalam poket, ia tidak membantu walaupun dia menyokong BN.

“Betul? Logik kan apa yang saya sebut, tepat,” ujar Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana jentera Kerajaan Perpaduan untuk memastikan pengundi kaum Cina dan pengundi luar pulang mengundi pada 28 September ini.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor