Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan agenda pembangunan serta kebajikan rakyat dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Anwar berkata, perkara itu dizahirkan dalam pertemuannya dengan Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Tunku, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni itu membuka ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, khususnya di Johor.

“Kami turut membincangkan perkembangan semasa serta perancangan berterusan Kerajaan MADANI dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.

“Tunku Mahkota Ismail dan saya juga sepakat untuk terus mengekalkan hubungan yang baik, selain mengukuhkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerjasama kukuh antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri amat penting bagi memastikan pelaksanaan dasar serta inisiatif pembangunan dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, Tunku Mahkota Ismail memaklumkan baginda berkenan menerima menghadap Anwar bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan Johor dan kesejahteraan rakyat negeri itu.

Baginda menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor.

“Terima kasih atas keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.

“Saya turut bertukar pandangan dengan Perdana Menteri berhubung Kerajaan Persekutuan untuk sentiasa komited terhadap pembangunan Negeri Johor demi kesejahteraan rakyat Johor,” titah baginda.

Pertemuan yang berlangsung itu turut mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk terus memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor.

Sebelum ini, media melaporkan Tunku Mahkota Ismail bertitah supaya Kerajaan Persekutuan meneliti semula agihan hasil kepada Johor dengan mengembalikan sebahagian daripada kutipan hasil negara kepada negeri itu secara lebih munasabah.

Baginda bertitah, langkah berkenaan penting bagi membolehkan pelaksanaan agenda pembangunan negeri serta inisiatif kebajikan rakyat Johor diperkasakan dengan lebih berkesan.

Menurut baginda, Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada hasil Kerajaan Persekutuan, namun jumlah yang disalurkan semula kepada negeri itu dianggarkan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion sahaja.

Titah baginda, jumlah berkenaan dilihat tidak sepadan dengan keperluan pembangunan dan penyediaan perkhidmatan kepada hampir lima juta penduduk Johor.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian dalam satu sesi dialog bersama rakyat Johor, kelmarin, sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Anwar, yang sebelum ini dilaporkan menyifatkan Johor sebagai sebuah negeri kaya, namun masih berdepan isu ketirisan atau “kebocoran” dalam pengurusan sumber.

Related Posts

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

TANGKAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar tiada mana-mana pihak menggunakan institusi diraja sebagai alat politik untuk menentang pihak lawan mereka. Sebaliknya, beliau yang juga Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai rekod yang baik dan dihormati masyarakat antarabangsa dalam menguruskan isu pelarian meskipun negara ini bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951 atau protokol berkaitannya. Pakar Undang-Undang, Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri