Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

SANDAKAN – Kerajaan Negeri Sabah komited untuk terus menyokong dan memperkasa pembangunan sukan bola sepak, khususnya menerusi program akar umbi dan akademi bola sepak di seluruh negeri ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Azrul Ibrahim berkata, komitmen tersebut dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri dan juga Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memastikan program pembangunan belia, termasuk sukan, terus mendapat perhatian.

Menurutnya, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memperkasakan lagi akademi bola sepak di Sabah dan perkara itu akan dibawa kepada perhatian Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor serta Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

“Saya yakin Kementerian Belia dan Sukan Sabah mempunyai perancangan strategik untuk memastikan sukan bola sepak terus diperkasakan, termasuk melalui peranan Sabah FC sendiri.

“Kita akan melihat bagaimana semua pihak berkepentingan dapat memenuhi keperluan serta menyokong pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi melalui akademi-akademi yang ada di negeri ini,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Kaamatan Musketeers Cup 2026, di Kompleks Sukan Sandakan, di sini pada Ahad.

Azrul berkata, Akademi Bola Sepak Musketeers yang baru beroperasi selama enam bulan telah menunjukkan komitmen yang memberangsangkan dalam melaksanakan program pembangunan akar umbi.

Katanya, fokus akademi itu bukan sahaja dalam aspek pembangunan bakat bola sepak, malah turut memberi penekanan terhadap disiplin, akademik serta sokongan komuniti dan ibu bapa.

“Salah satu modul yang boleh diterapkan oleh semua akademi bola sepak di Sabah ialah melahirkan pemain yang bukan sahaja berbakat dan hebat, tetapi juga mempunyai wawasan serta disiplin yang tinggi untuk menjadi pemain yang berkredibiliti pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya semua akademi bola sepak di Sabah, dengan sokongan kerajaan negeri, Kementerian Belia dan Sukan serta Sabah FC, merangka perancangan jangka panjang bagi melahirkan lebih ramai pemain tempatan berkualiti yang mampu mewakili Sabah ke peringkat lebih tinggi.

“Saya yakin anak-anak Sabah mempunyai bakat yang besar dalam sukan bola sepak seperti mana kita pernah melahirkan pemain-pemain unggul suatu ketika dahulu.

“Justeru, program-program akar umbi perlu diperkasakan supaya kita dapat melahirkan lebih ramai pemain berbakat dan berpotensi pada masa hadapan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Azrul berkata, siri jelajah belia yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu bukan sahaja bertujuan menyantuni golongan muda dalam bidang keusahawanan, malah turut menjadi platform untuk mencungkil bakat sukan termasuk bola sepak.

Mengulas mengenai demam Piala Dunia FIFA 2026, beliau turut menasihatkan golongan belia agar tidak terjebak dengan aktiviti negatif seperti perjudian dalam talian yang boleh mencemarkan semangat kesukanan.

“Kita telah menganjurkan program santai menyaksikan perlawanan Piala Dunia di beberapa daerah dan kemuncaknya akan diadakan di Kota Kinabalu pada 20 Julai depan.

“Program seperti ini memberi peluang kepada anak-anak muda untuk bersilaturahim dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang positif.

“Kita menyeru golongan muda supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti judi dalam talian kerana ia bertentangan dengan undang-undang negara,” katanya.

Related Posts

Jerman bangkit lepas ketinggalan, tewaskan Ivory Coast 2-1

PENYERANG gantian, Denis Undav muncul wira Jerman apabila meledak dua gol pada separuh masa kedua untuk membantu gergasi Eropah itu bangkit menewaskan Ivory Coast 2-1 dalam aksi Kumpulan E Piala…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

KOTA KINABALU – Komuniti permainan papan (Tabletop) Asia Tenggara berhimpun di sini sempena Sabah National Tabletop Con 2.0 bertempat di Sabah Art Gallery. Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan ‘bocorkan’ Johor, nilailah berdasar fakta bukan persepsi

Kerajaan Persekutuan ‘bocorkan’ Johor, nilailah berdasar fakta bukan persepsi

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global