Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

MUKAH – Program Bakti Belia MADANI Peringkat Sarawak 2026 melabuhkan tirai secara rasmi dalam satu majlis penutup di Dewan Serbaguna, Kampung Tellian Laut pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, majlis penangguhan program tiga hari dua malam itu disempurnakan dengan acara simbolik penyerahan kembali peserta selaku anak angkat kepada keluarga masing-masing.

“Inisiatif berkenaan berjaya mendedahkan golongan muda kepada pelbagai aktiviti berteraskan kepemimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah.

“Melalui program anak angkat ini, peserta berpeluang merasai kehidupan bermasyarakat yang sebenar, sekali gus mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat perpaduan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua keluarga angkat yang menerima kehadiran peserta, selain memuji komitmen urus setia dan agensi yang menjayakan program peringkat negeri tersebut.

Royston berharap agar pengalaman dan ilmu yang diraih mampu menjadi inspirasi kepada belia untuk terus berbakti kepada masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Turut hadir, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Farhan Rosli; Setiausaha Agung Saberkas Negeri Sarawak, Iszuan Haroni dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Bonnie Manau Michael American.

Hadir sama, wakil Pejabat Daerah Mukah, Nolin Gengdang; barisan Exco Saberkas Negeri Sarawak serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Related Posts

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

KUANTAN – Pahang memperkukuh rantaian industri perikanan negeri dengan memberi tumpuan kepada teknologi pemprosesan, penyimpanan dan pembangunan produk hiliran berasaskan hasil laut. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar