Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

PUTRAJAYA – Kejayaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai perjanjian tenaga baharu di Turkmenistan dan Rusia mempamerkan kehebatan hubungan diplomatik Malaysia yang kukuh dengan kedua-dua negara.

Ahli geostrategi dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, kerjasama itu juga membuktikan Petronas yang telah lama bertapak sebagai penggiat tenaga global yang dipercayai.

Menurut beliau, mendapatkan peluang dalam sektor huluan di sesebuah negara bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dalam industri yang strategik dan berdaya saing seperti minyak dan gas (O&G).

“Walaupun hubungan antara kerajaan memainkan peranan penting dalam memudahkan perjanjian itu, kredibiliti dan rekod prestasi Petronas juga menjadi faktor penting untuk mendapat peluang dalam industri O&G global.

“Hubungan erat antara Malaysia dan Russia yang telah terjalin sejak sekian lama turut membuka peluang kepada kerjasama antara Petronas dan Rosneft,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Tambah Azmi, kerjasama sedemikian tidak berlaku dalam sekelip mata dan ia dibina melalui hubungan diplomatik yang dipupuk sejak bertahun-tahun, kepercayaan komersial dan keyakinan bersama.

“Secara keseluruhannya, ini memperlihatkan bagaimana hubungan antarabangsa yang teguh, dengan sokongan syarikat minyak nasional bertaraf dunia membuka peluang kepada Malaysia di pentas tenaga global,” katanya.

Terdahulu, Petronas menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC(T)SB) pada Sabtu telah memeterai beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara itu.

Antara perjanjian itu adalah kerjasama dengan State Concern Turkmennebit (Turkmennebit) dan State Enterprise Hazarnebit (Hazarnebit) bagi memperkukuh kehadirannya di Laut Kaspia serta memperluas portfolio huluannya di negara itu.

Pemeteraian tersebut terjalin berikutan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkmenistan selama dua hari bermula 18 dan 19 Jun atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedov, yang juga sebagai membalas lawatan rasmi pemimpin negara itu ke Malaysia pada Disember 2024.

Petronas memulakan operasi di Turkmenistan pada 1996 dan kemudian berkembang menjadi kerjasama berkekalan antara kedua-dua negara.

Related Posts

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah

BATU PAHAT – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat ditemukan maut dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, di sini pada Sabtu. Memetik berita tempatan, mangsa berusia 16…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah

England pamer aksi bertenaga, tewaskan Crotia 7-0

England pamer aksi bertenaga, tewaskan Crotia 7-0

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal