Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

MIRI – Majlis penutupan Gawai ‘Ngiling Tikai’ di Kampung Pujut Corner B pada Ahad menjadi platform memperkukuh perpaduan dan kesedaran masyarakat mengenai perjuangan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii berkata, tradisi tersebut melambangkan nilai kerjasama, kesabaran dan kebersamaan masyarakat Dayak.

Menurutnya, umpama proses menganyam tikai, keharmonian pelbagai kaum di Sarawak terbina hasil sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Perpaduan rakyat merupakan asas penting bagi menyokong kerajaan negeri yang gigih menuntut lebih banyak hak autonomi meliputi pendidikan, kesihatan, kewangan, sumber asli dan pentadbiran.

“Pelbagai kemajuan telah dicapai hasil usaha tersebut, termasuk pelaksanaan pendidikan tinggi percuma di universiti milik Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan pada Ahad. 

Mengulas lanjut, Adam menegaskan bahawa perjuangan menuntut hak Sarawak masih berterusan dan memerlukan sokongan padu rakyat terhadap kerajaan yang stabil.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar bijak menilai maklumat di media sosial bagi mengelakkan penularan fitnah atau naratif yang mampu menjejaskan keharmonian awam.

Majlis kebudayaan itu disambut meriah dengan kehadiran penduduk setempat yang bersama-sama meraikan tradisi masyarakat Dayak dalam suasana penuh muhibah.

  • Related Posts

    Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

    KUANTAN – Pahang memperkukuh rantaian industri perikanan negeri dengan memberi tumpuan kepada teknologi pemprosesan, penyimpanan dan pembangunan produk hiliran berasaskan hasil laut. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

    KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

    Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

    Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

    Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

    Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

    • By Ezmie
    • September 27, 2026
    Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

    Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

    • By Ezmie
    • September 27, 2026
    Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

    Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

    Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

    Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

    Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar