Sambutan Gawai platform terbaik perkukuh perpaduan kaum di Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai disifatkan sebagai platform penting bagi memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, sekali gus menjadi asas kepada keharmonian dan pembangunan di Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, nilai kebersamaan yang dizahirkan menerusi perayaan itu perlu terus dipelihara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Gawai ‘Merun Kasah’ Pentadbiran Bahagian Serian 2026 di Dewan Serbaguna Tapah pada Jumaat.

“Pada malam ini, kita dapat melihat semua kaum, jabatan dan semua peringkat pegawai berhimpun bersama.

“Inilah semangat perpaduan yang perlu terus dipelihara demi kemajuan Bahagian Serian dan Sarawak secara keseluruhannya,” katanya.

Tambahnya, semangat gotong-royong dan kerjasama yang dipamerkan dalam penganjuran program terbabit membuktikan perpaduan kukuh mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan masyarakat setempat.

Terdahulu, Residen Bahagian Serian, Mackos Sibong ketika berucap berkata, majlis berkenaan mencerminkan kesepakatan erat antara agensi kerajaan, pemimpin masyarakat serta komuniti.

Jelas beliau, penyertaan lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan serta organisasi masyarakat dalam menyediakan Rumah Gawai dan juadah tradisional membuktikan komitmen jitu pelbagai pihak.

“Program ini bukan sahaja meraikan Gawai, malah menjadi platform yang baik untuk memperkukuh kerjasama dan persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Bahagian Serian,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

KINABATANGAN – Seorang lelaki warga Filipina ditahan selepas dipercayai memiliki 10 ekor tenggiling hidup serta beberapa bahagian hidupan liar yang dilindungi dalam satu operasi di sebuah ladang di Kampung (Kg)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

KOTA KINABALU – Komuniti permainan papan (Tabletop) Asia Tenggara berhimpun di sini sempena Sabah National Tabletop Con 2.0 bertempat di Sabah Art Gallery. Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-Rusia jamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 20 tahun – PM

Kerjasama Malaysia-Rusia jamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 20 tahun – PM

Petronas diberi tanggungjawab urus telaga gas terbesar Turkmenistan – PM

Petronas diberi tanggungjawab urus telaga gas terbesar Turkmenistan – PM

Ekonomi negara beralih ke arah teknologi tinggi dan AI – PM

Ekonomi negara beralih ke arah teknologi tinggi dan AI – PM

Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak