Mereka bukan gelandangan, jiran keluarga aktivis Rohingya di Sabah tampil betulkan fakta

LAHAD DATU – Seorang wanita yang dipercayai jiran aktivis Rohingya, Noor Azizah tampil mempertikaikan kesahihan kisah tular sekali gus mendakwa terdapat beberapa maklumat yang tidak tepat mengenai latar belakang kehidupan aktivis terbabit.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Juniartini Bahar, 42, mendakwa, dia mengenali Noor Azizah sejak kecil dan pernah tinggal di flat di Jalan Leila, Sandakan.

Katanya, berdasarkan pengalaman, Noor Azizah membesar bersama keluarga di kawasan perumahan dan bukannya sebagai gelandangan seperti yang digambarkan dalam naratif tular.

“Point penting saya. Dia (Azizah) bukan gelandangan cari makanan dalam sampah, tetapi membesar elok, sihat dan dapat BCG sama macam kanak-kanak Malaysia yang lain.

“Dia bukan jalan kaki merentas segala hutan belantara atau tinggal dalam hutan. Mereka sekeluarga berpindah ke Australia pada tahun 2001 atau 2002,” katanya menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

Juniartini menyifatkan tindakan Azizah dilihat tidak memberi impak yang jelas kepada komuniti Rohingya, sebaliknya lebih tertumpu kepada penyampaian pandangan yang cenderung negatif terhadap Malaysia.

Katanya, keadaan ini menimbulkan persepsi bahawa Azizah seolah-olah mengambil kesempatan menggunakan identiti Rohingya, namun matlamat perjuangan tersebut tidak benar-benar memfokuskan kepentingan bangsanya sendiri.

Bercakap kepada The Malaysia Press, Juniartini berkata, dia percaya setiap fakta perlu dijelaskan dengan tepat agar orang ramai memperoleh gambaran yang seimbang.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa kenyataan ini bukan bertujuan untuk mencari populariti atau menjadi tular, sebaliknya demi memperbetulkan sebarang dakwaan yang boleh membawa kepada fitnah terhadap negara Malaysia yang saya cintai.

“Apabila negara difitnah, menjadi tanggungjawab saya untuk memperbetulkan perkara yang tidak tepat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Juniartini tidak bersetuju dengan mana-mana netizen yang melemparkan kata-kata kesat terhadap ibu bapa Azizah.

“Demi Allah, saya sangat menyayangi mereka dan saya menganggap mereka seperti ibu bapa saya sendiri.

“Sebab itu saya berfikir berkali-kali sebelum membuat sebarang hantaran tapi saya tetap bersuara kerana rasa kecewa dengan Azizah,” kongsinya.

Baru-baru ini tular Noor Azizah dikecam netizen apabila ucapannya dalam satu majlis di Australia menyentuh tentang nasib pelarian etnik Rohingya di negara ini.

Related Posts

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

KOTA KINABALU – Komuniti permainan papan (Tabletop) Asia Tenggara berhimpun di sini sempena Sabah National Tabletop Con 2.0 bertempat di Sabah Art Gallery. Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

SEPANGGAR – Parlimen Sepanggar akan menyelaras tindakan susulan bersama agensi berkaitan bagi memastikan kerja pembaikan beberapa jalan kampung yang rosak di kawasan itu dapat dilaksanakan. Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk TS…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

Turapan konkrit di Bandar Prima dikorek bagi penyelenggaraan awal

Turapan konkrit di Bandar Prima dikorek bagi penyelenggaraan awal

Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa