Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

SHAH ALAM – Pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerima maklum balas positif daripada warga maya yang menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah proaktif dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

Rata-rata pengguna media sosial memuji pendekatan Kerajaan Negeri yang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, selain merangka pelbagai inisiatif berdasarkan data dan pandangan pakar.

Seorang pengguna, DF Shareeza, menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan negeri yang mengutamakan kesejahteraan komuniti dan kebajikan rakyat.

“Tahniah MB, terima kasih atas pendekatan yang mengutamakan kebajikan rakyat dan kesejahteraan komuniti,” katanya.

Sementara itu, Farteen Zareena Zamberi menyifatkan pakej berkenaan sebagai bukti komitmen kerajaan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dengan pendekatan yang lebih tersusun dan berfokus.

Katanya, keutamaan yang diberikan kepada kebajikan rakyat melalui dasar berasaskan data menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan bantuan dan sokongan disalurkan secara berkesan.

Bagi Haris Lepp pula, keputusan kerajaan mengambil kira pandangan pakar sebelum merangka inisiatif baharu wajar dipuji kerana ia mampu menghasilkan impak yang lebih menyeluruh kepada rakyat dan usahawan.

“Pendekatan berasaskan data dan pandangan pakar lebih baik berbanding sekadar respons populis. Harap semua inisiatif yang diumumkan dapat memberi kesan sebenar kepada rakyat,” katanya.

Sarah Anniesya turut menyambut baik usaha kerajaan negeri yang melibatkan pelbagai pihak dalam proses penyediaan pakej berkenaan.

Menurutnya, pendekatan berteraskan libat urus bersama pemegang taruh membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap langkah yang diambil benar-benar memenuhi keperluan rakyat.

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 diumumkan semalam bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negeri serta membantu rakyat dan sektor perniagaan menghadapi cabaran kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi global.

Respons positif yang diterima di media sosial menunjukkan keyakinan rakyat terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Selangor terus terpelihara.

Related Posts

Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

KUCHING – Pembangunan infrastruktur secara agresif oleh kerajaan Sarawak terus menjadi pemangkin kemajuan kawasan luar bandar, sekali gus membuka capaian kemudahan, pasaran dan peluang ekonomi kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

KUCHING – Sarawak merancang untuk memanfaatkan kawasan sekitar Empangan Baleh bagi mewujudkan habitat semula jadi ikan empurau dalam usaha meluaskan pasaran spesies premium tersebut. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

Kesejahteraan komuniti diutamakan, Petronas kongsi keceriaan Gawai bersama warga Miri

Kesejahteraan komuniti diutamakan, Petronas kongsi keceriaan Gawai bersama warga Miri

Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

Petronas santuni 200 golongan memerlukan sempena Gawai

Petronas santuni 200 golongan memerlukan sempena Gawai

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu