Aktiviti sukan platform lahirkan generasi sihat

KUANTAN – Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Soi yang berlangsung hari ini, meriah dengan penglibatan menyeluruh warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.

Kejohanan itu dirasmikan Ahli Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Fakhrul Anuar Zulkawi.

Dalam ucapan perasmiannya, Fakhrul Anuar menegaskan aktiviti sukan adalah platform terbaik untuk melahirkan generasi sihat, berakhlak mulia dan berdaya saing.

“Sukan bukan sekadar lari, lompat, dan menang. Sukan mengajar anak-anak kita nilai kerja berpasukan, menghormati lawan, menerima kekalahan, dan meraikan kejayaan bersama.

“Inilah nilai MADANI yang kerajaan mahu tanam sejak di bangku sekolah,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan pujian atas kejayaan cemerlang SK Sungai Soi yang dinobatkan sebagai Johan Hoki Perempuan bawah 12 tahun dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuantan.

Lebih membanggakan, seramai sembilan pemain dari sekolah berkenaan terpilih mewakili Negeri Pahang ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Sebagai bekas pemain yang pernah mewakili Pahang dalam Kejohanan Hoki B12 MSSM, beliau amat memahami cabaran serta usaha gigih dihadapi barisan jurulatih dan para pemain.

Bagi menyokong sukan hoki yang kini menjadi kebitaraan sekolah tersebut, Fakhrul Anuar menyampaikan sumbangan Dana Sukan berjumlah RM2,000 bagi kegunaan pembelian peralatan, latihan intensif dan persediaan penyertaan kejohanan akan datang.

Bagi perancangan jangka panjang pula, beliau bersama guru besar SK Sungai Soi, Abdullah Pani Abdul Latif, kini dalam proses memohon Dana Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi bertujuan untuk menaik taraf padang sekolah tersebut.

“MBK dan saya komited memastikan anak-anak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur mendapat fasiliti yang setanding.

“Dana RM2,000 adalah untuk keperluan sekarang, manakala permohonan IKR bersama tuan guru besar adalah untuk jangka panjang.

“Padang yang elok akan menjadikan latihan lebih selamat dan meningkatkan prestasi murid,” tambahnya.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO mahu lagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu lagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC